Kardigan Kurt Cobain Pecah Rekod Baru

Sembang

Walaupun dah lebih 20 tahun Kurt Cobain meninggal dunia, tapi legasi yang ditinggalkan termasuk lah Nirvana, kasut, rambut, baju dan apa je yang berkaitan dengan Kurt Cobain, masih lagi boleh mencuri perhatian dunia. Hari tu, kami ada kongsikan mengenai anak perempuan Kurt Cobain, boleh singgah kat sini kalau nak baca.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ・*✧ Frances Bean Cobain ✧*・ (@thespacewitch) on

Yang terbaru, kardigan yang pernah dipakai oleh Kurt Cobain dalam rancangan MTV Unplugged in New York bersama Nirvana pada tahun 1993 berjaya pecah rekod baru selepas dibida sebanyak USD 334,000 bersamaan dengan RM1.39 Juta dalam sebuah acara bidaan yang dianjurkan oleh Julien’s Auction di New York.

Kardigan yang pernah dipakai oleh Kurt Cobain berwarna olive green dikatakan tidak pernah dibasuh dan mempunyai lubang kesan terbakar daripada rokok di poket kiri.

Image Via : itv.com

Selain daripada kardigan, ada gak barang peribadi Kurt Cobain lain yang dibida iaitu gitar custom Fender yang pernah digunakan oleh Kurt Cobain pada tahun 1993 di konsert jelajah In Utero. Gitar custom Fender Kurt Cobain berwarna turquoise yang hanya boleh dimainkan oleh orang kidal, dibida sebanyak USD340,000 bersamaan dengan RM1.4 Juta. Gitar tersebut didatangkan juga dengan sepucuk surat yang ditulis oleh Courtney Love, isteri kepada Kurt Cobain. Sebelum ni, gitar custom Fender Kurt Cobain ni pernah dipamerkan selama bertahun-tahun di Rock and Roll Hall of Fame, Ohio, Amerika Syarikat.

Image Via : pinterest.com

Untuk info, MTV Unplugged in New York merupakan album pertama yang dikeluarkan oleh Nirvana selepas kematian Kurt Cobain pada 5 April 1994. MTV Unplugged in New York dirakamkan pada 13 November 1993 dan ditayangkan di MTV pada 16 Disember 1993. MTV Unplugged in New York versi album dipasarkan pada 1 November 1994.

KATALAKI: Teringin nak tahu apa jadi dengan kasut Converse Kurt Cobain.

Last modified: 5 November 2019