Kasut Chun-Li Atau Kasut One Piece?

Game, Tech

Baru-baru ini, dua jenama kasut terkenal telah mengeluarkan kasut yang dorang berkerjasama dengan sebuah permainan video terkemuka dan juga sebuah manga yang paling legend. Dua jenama tersebut adalah kasut Onitsuka Tiger dan juga Puma.

Jom kita usha sikit tengok mana satu yang lawa and berbaloi untuk dibeli!

ONITSUKA TIGER X STREET FIGHTER

Pertama kali kasut ini diumumkan adalah pada May 2019 dan akhirnya bulan lepas ianya telah pun boleh dibeli di official store Onitsuka Tiger di Malaysia. Kasut yang berdasarkan design Onitsuka Tiger MEXICO 66 SD merupakan collaboration pertama antara Onitsuka Tiger dan juga permainan video Street Fighter V: Arcade Edition.

Bila korang membeli kasut ini, korang akan mendapat product code yang mana korang boleh gunakan untuk menukar custome watak Chun-Li yang terdapat pada permainan video Street Fighter V: Arcade Edition. Baru cun nak guna Chun-Li lepas ni bro!

Terdapat dua versi yang korang boleh dapatkan iaitu versi White x Glacier Gray dan juga versi Yellow x Soft Yellow. Kalau tengok memang nampak ngam tapi aku lagi suka kalau design naga yang terdapat pada tepi kasut itu berwarna lain. Bagi aku macam tu baru nampak lagi cun. Kasut ini boleh dibeli di official store Onitsuka Tiger di KLCC dan juga Midvalley pada harga RM699 sahaja.

PUMA X ONE PIECE

Minggu ini, pihak Puma akhirnya telah menunjukan design untuk kasut yang dorang collab dengan manga terkenal iaitu One Piece. Kasut ini dikatakan mengambil inspirasi daripada kapal Thousand Sunny yang digunakan oleh Monkey D. Luffy selepas kapal pertamanya iaitu Going Merry musnah.

Mereka menggunakan kasut Puma Cell Endura bagi meletakan design yang diinspirasi daripada kapal Thousand Sunny. Kalau korang tengok design dia, ia menggunakan tiga warna iaitu warna hitam, brown dan juga merah. Terus terang pertama kali aku tengok kasut ini, aku tak dapat feel One Piece langsung. Lepas tengok bahagian belakang kasut ini barulah aku nampak ada satu “keychain” yang berbentuk anchor kapal.

Kalau ikutkan aku, aku rasa collaboration antara Skechers dan One Piece nampak lagi lawa dan menarik berbanding Puma. Apa-apa pun buat masa ini tiada lagi info tentang kasut ini akan dikeluarkan dan berapa harga untuk sepasang kasut Puma x One Piece ini.

KATALAKI: Kalau suruh aku pilih, aku akan pilih Onitsuka Tiger x Street Fighter sebab lagi lawa!

Last modified: 8 August 2019