Kasut Perisa Nasi Lemak?

Sembang

Mungkin korang dah basi dengar baju nasi lemak, burger nasi lemak atau pun flavour vape nasi lemak. Yang terbaru, ASICS Malaysia melancarkan kasut terbaru, GEL-KAYANO 5 OG yang diinspirasikan daripada makanan tradisi rakyat Malaysia iaitu nasi lemak. Serius bro. Mari kita layan dulu gambar-gambar GEL-KAYANO 5 OG ni. Tengok gambar pun memang boleh bau la nasi lemak tu.

Image Via : thelaki.com.my

Image Via : thelaki.com.my

Keluaran kasut edisi istimewa GEL-KAYANO 5 OG ni menggunakan elemen-elemen yang kita sendiri selalu nampak bila tengok nasi lemak iaitu warna putih melambangkan warna nasi dan putih telur, hijau melambangkan warna timun, merah melambangkan warna sambal dan kuning melambangkan warna kuning telur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ASICS Sportstyle Malaysia (@asics_sportstyle_my) on

Kalau korang perasan, kat bahagian tapak ada warna coklat, itu melambangkan kacang dan ikan bilis.

Image Via : thelaki.com.my

Image Via : thelaki.com.my

Hanya 500 pasang kasut GEL-KAYANO 5 OG yang akan dijual oleh ASICS Malaysia. Siapa cepat dia dapat lah kiranya. Korang boleh dapatkan GEL-KAYANO 5 OG dengan harga RM599 dan hanya boleh dibeli secara eksklusif kat SneakerLAH 2019 yang akan berlangsung pada 5 & 6 Oktober 2019 di Mid Valley Exhibition Centre.

Image Via : thelaki.com.my

KATALAKI: Kalau siapa yang dapat beli ni kira barang rare ni. Design nasi lemak lak tu.

Last modified: 27 September 2019