Kasut Raya Liverpool FC!

Sembang

Ini mungkin sesuatu yang penyokong-penyokong sejati The Reds akan suka. Memang cantik dan memang ngam. Lagi ngam teruk kalau boleh pakai time layan finale Champions League nanti.

Selepas Liverpool berjaya menewaskan Barcelona 4-0, New Balance dengan secara kebetulan telah melancarkan Fresh Foam LAZR v2 edisi terbaharu yang dilengkapi dengan sentuhan tematik, logo rasmi Liverpool serta colorway specially untuk The Reds.

Teknologi Ultra Breathable

Untuk memberi aliran udara yang lebih padu pada pemakai. Kasut edisi khas The Reds ini didatangkan dengan teknologi ultra-breathable. Teknologi ini juga memberikan si pemakai aliran udara yang maksima di bahagian kaki dan sangat sesuai untuk cuaca hangat seperti di negara Asia.

Logo Emas LFC

Untuk memberikan impak yang lebih gah, Fresh Foam edisi special LFC ini juga didatangkan dengan dua logo. Logo rasmi New Balance pada bahagian bawah dan tentunya logo emas rasmi LFC yang diletakkan pada bahagian tongue kasut. Ukuran Midsole Fresh Foam yang dikatakan besar dan tebal juga outsole berwarna ice blue yang tampak lebih segar dan selasa buat si pemakai.

Signature Khas

Special juga untuk diehard fans LFC, kasut Fresh Foam ini juga didatangkan dengan tanda tangan lagenda Liverpool, Bob Paisley yang berwarna emas yang terdapat di dalam tongue Fresh Foam LAZR v2 ni. Tentunya rekaan, susuan warna serta teknologi ultra-breathable ini memastikan penyokong-penyokong Liverpool will never walk alone lah.

KATALAKI: Dah alang-alang tu, buat jadi kasut raya lah gais!

Last modified: 11 September 2019