Kat Mana Boleh Tengok Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019?

Aktif, Bola

Tamat saingan Liga Super 2019, Johor Darul Ta’zim secara rasmi dah pun bergelar juara Liga Super untuk kali ke-6 berturut-turut sejak tahun 2014. Ini kali pertama dalam sejarah Liga Super, sebuah pasukan bola sepak yang berjaya mengekalkan gelaran juara selama 6 tahun. Power JDT power!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor) on

Pemain PKNS FC, Kpah Sherman merupakan penyerang paling padu dalam saingan Liga Super 2019 kali ni selepas berjaya menjaringkan 14 gol dan mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super 2019. Kalau korang ingat lagi pada musim 2018, pemain Selangor, Rufino Segovia merupakan penjaring gol terbanyak dengan 19 gol. Tahun 2019, takde langsung dalam senarai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysian Football League (@mfl_my) on

Satu-satunya pemain tempatan yang mampu bersaing dalam senarai 10 penjaring terbanyak Liga Super 2019 adalah Safawi Rasid yang beraksi bersama JDT dengan jumlah jaringan sebanyak 8 gol.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysian Football League (@mfl_my) on

Pada 15 November 2019 nanti, bakal berlangsungnya Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 (ABK 2019), sebuah majlis anugerah yang berlangsung setiap tahun untuk meraikan dan menghargai usaha setiap individu dalam Liga Malaysia. Ini antara pemain-pemain yang tercalon untuk setiap anugerah yang dah dikongsikan oleh MFL di media sosial.

Ada gak anugerah-anugerah lain yang akan disampaikan di malam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 nanti antaranya Pemain Muda Harapan, Pasukan Terbaik, Penyokong Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Paling Bernilai dan banyak lagi. Secara keseluruhannya, ada 27 anugerah yang akan disampaikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysian Football League (@mfl_my) on

SIAPA YANG PILIH CALON ABK 2019?

Kalau korang tertanya-tanya siapa yang pilih calon-calon pemain yang layak untuk menerima anugerah di Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019, semuanya ditentukan oleh Jawatankuasa Saringan ABK 2019 yang mengundi 10 pemain terbaik pilihan masing-masing dalam setiap kategori. Jawatankuasa Saringan ABK 2019 terdiri daripada wakil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), wakil Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), wakil Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), wakil Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM), Vocket FC mewakili media elektronik, wakil MFL Productions dan Ultrajang mewakili penyokong.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysian Football League (@mfl_my) on

10 pemain yang dah tersenarai untuk setiap kategori akan diundi oleh 23 ketua jurulatih, 23 wakil media dan 23 ketua pasukan Liga Super dan Liga Premier untuk menentukan pemain mana yang layak untuk menerima setiap anugerah.

Korang boleh saksikan secara langsung Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 pada 15 November 2019 nanti bermula 8.30 malam di Facebook Live Malaysian Football League dan di iflix.

KATALAKI: JDT dah berjaya menang Liga Super 2019 dan Piala Malaysia 2019. Mesti sapu bersih semua anugerah nanti.

Last modified: 13 November 2019