Kat Mana Rakyat Malaysia Boleh Tengok Filem Parasite?

Sembang

Sekarang ni masih lagi hangat diperkatakan mengenai filem dari Korea Selatan, Parasite yang berjaya menang beberapa anugerah antarabangsa. Yang terbaru, filem Parasite berjaya menang 4 anugerah utama di 92nd Academy Awards, filem yang paling banyak bawa balik trofi pada malam anugerah yang juga dikenali sebagai Oscars. Kalau korang nak tahu kenapa filem Parasite boleh menang Oscars, boleh baca kat sini.

Filem Parasite bukan je berjaya kalahkan filem-filem terbaik dari negara-negara lain untuk menang anugerah Best International Feature Film, tapi berjaya gak menewaskan filem Ford vs Ferrari, The Irishman, Joker dan 1917 untuk bawa balik anugerah Best Original Story, Best Director dan Best Picture ke Korea Selatan. Senang cerita, malam anugerah Oscars hari tu, filem Parasite menang besar.

Selain daripada dah berjaya menang kat Oscars, filem Parasite juga pernah menang anugerah Best Foreign Language Film di Golden Globe Awards 2020.

Mungkin ada antara kita yang dah tengok filem ni atau baru pertama kali dengar nama filem Parasite, korang masih lagi berpeluang untuk tonton filem ni kat Malaysia. Kat Netflix belum ada lagi setakat ni. Tapi menurut hasil carian kami, ada 2 syarikat pawagam yang dah buat keputusan untuk menayangkan semula filem Parasite kat Malaysia iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan Tanjung Golden Village (TGV). Jadi, sementara stok masih ada, cepat-cepat la korang pergi tengok dan kaji sendiri kenapa filem Parasite mampu untuk menang anugerah-anugerah terbesar di tanah Amerika Syarikat.

KATALAKI: Tak sabar nak tunggu filem hasil arahan Bong Joon-Ho yang seterusnya.

Last modified: 12 February 2020