KATSANA – Bukan Sekadar Car Tracker Biasa!

Tech

KATSANA Track merupakan satu sistem tracking untuk kenderaan korang yang direka oleh KATSANA Advanced Telematics, sebuah syarikat anak muda dari Malaysia.

KATSANA Track telah diperkenalkan pada tahun 2014 oleh Syed Ahmad Fuqaha setelah melihat kereta abang dan kawannya hilang pada tahun 2013.

Tracking sistem ini bukan hanya akan menjejaki kenderaan korang tapi ianya juga ada beberapa features lain seperti low battery alert, speeding alert, risky driving alert dan lain-lain.

Melalui KATSANA Track jugak korang boleh share dengan ahli keluarga korang tentang perjalanan korang secara live dan korang jugak boleh keep track beberapa kenderaan secara serentak so korang boleh keep track kereta keluarga korang jugak.

Untuk mendapatkan info lanjut tentang KATSANA Track korang boleh check di website KATSANA.

 

KATALAKI: Menurut PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi Dan Perlaksanaan) Kes kecurian kereta berlaku setiap 45 minit di Malaysia so berhati-hatilah ye bro!

Last modified: 22 October 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *