Kaya Gila! – Ini Kapal Milik Selebriti² Terkenal

Sembang, ZAP, ZeKool

Bila seseorang itu telah berjaya membuatkan dirinya sebagai jenama antarabangsa dan meletakkan bakat yang ada untuk tatapan seluruh dunia. Maka secara automatik nilai yang ada pada diri tersebut melonjak naik. Tidak kisah sama ada apa yang mereka lakukan adalah dari sudut seni atau sudut perniagaan. Sama ada mereka dikategorikan sebagai pelakon, penyanyi atau mahupun pencipta sesebuah jenama. Dengan meraih populariti dan dikenali serata dunia, dan tidak lupa menjana pendapatan secara tetap, maka untuk memiliki kehidupan secara mewah is just a piece of cake lah.

Kebanyakkan pelakon mahupun penyanyi di Hollywood mempunyai dan menjalankan kehidupan seperti Raja dan Ratu sampai kita ini yang melihat mereka sebagai idola kagum dengan kehidupan yang mereka ada. Ada yang mempunyai asset nilai yang berjuta-juta mahupun berbillion-billion hasil daripada lakonan atau jualan muzik yang dicipta.

Untuk memberikan korang semangat sikit kalau nak jadi berjaya macam selebriti-selebriti ternama ini. Harini kita nak usha selebriti antarabangsa yang memiliki kapal atau private jet diorang sendiri. Ya, private jet tau kawan-kawan.

Angelina Jolie – Cirrus SR22 ($650K)

Angelina Jolie bukan nama yang biasa-biasa dalam industri hiburan Hollywood. Sudah banyakkan watak filem-filem aksi yang sudah dipegang oleh Angelina maka tidak hairan lah jika beliau mampu memiliki kenderaan private jetnya sendiri.

Pada usia 43, pelakon wanita yang memegang watak sebagai Meleficent ini sudah mempunyai lesen penerbangannya sendiri, jadi disebabkan itu beliau boleh memiliki kapal terbangnya yang di anggarkan bernilai sekitar $650 ribu. Agak murah berbanding dengan kapal terbang milik selebriti yang lain.

Bono – Kingdom Come, ($22 Juta)

Untuk sesiapa yang tidak kenal, Bono merupakan frontman kepada band legend U2. Selain memiliki kapal terbangnya sendiri. Bono juga adalah pemilik kepada private yacht atau kapal layar yang dikatakan adalah sepanjang 198 kaki. Yacht yang digelarkan sebagai Kingdom Come ini dianggarkan bernilai $22 juta.

Yacht ini dilengkapi dengan hiasan dalaman yang mewah dan ada yang mengatakan ianya sudah kelihatan seperti rumah atau mansion yang besar yang boleh memuatkan lebih kurang 15 orang tetamu.

Mariah Carey,– Gulfstream, ($40 Juta)

Disebab masih lagi aktif dalam industri hiburan dan kesibukkan show dan tour serata dunia jadi kekayaan yang diraih daripada karier nyanyiannya mampu membuatkan Mariah Carey memiliki sebuah kapal atau private jet untuk diterbangkan ke mana-mana destinasi tour yang dijalankan.

Kapal terbang jenama Gulfstream yang dimiliki Mariah Carey dianggarkan dalam bernilai sekitar $40 juta. Ianya adalah kenderaan private jet yang sering digunakan oleh Mariah, kalau korang follow media sosial Mariah Carey, korang akan nampak betapa stylonya gambar-gambar yang diambil ketika Mariah Carey menaiki private jet ini.

Michael Jordan – Gulfstream IV,

($35 Juta)

Sama juga satu geng dengan Mariah Carey, tapi kali ini pemain lagenda NBA, Michael Jordan memiliki kapal terbang Gulfstream yang bernilai $35 juta.

Yang menarik sekali tentang private jet Michael Jordan ini adalah ianya memiliki logo atau lambang “Jumpman” ikonik iaitu trademark Michael Jordan, bukan itu saja. Terdapat juga nombor yang tertera pada kapal terbang ini N236MJ yang membawa maksud nombor jersey, kemenangan championship dan inisial MJ.

Nilai kekayaan Michael Jordan ini dikatakan bernilai anggaran sekitar 1.7 billion dan beliau merupakan antara orang berbangsa African-American yang paling kaya di dunia.

Tiger Woods – Gulfstream G550,

($53.5 Juta)

Dalam banyak-banyak kehidupan yang mewah mahupun berbakat. Tipu la kalau kita semua tak cemburu dengan kehidupan Tiger Woods. Walaupun mempunyai kes-kes skandal yang sidikit sebanyak mencalarkan nama beliau, tetapi nilai asset yang dimiliki oleh bintang sukan Golf ini masih lagi kekal.

Tiger Woods dikatakan travel kemana-mana destinasi dengan private jet model Gulfstream G550 yang dikatakan menelan perbelanjaan sebanyak $53.5 juta. Kapal terbang ini boleh memuatkan dalam sekitar 18 penumpang, ianya juga dilengkapi dengan meja makan yang mewah. Kapal terbang ini juga dibina untuk tujuan flight yang sangat panjang.

Taylor Swift – Dassault Falcon 900

($40 Juta)

Memiliki private jet yang bernilai anggaran sekitar $40 juta, penyanyi wanita yang terkenal satu dunia ini memilih jenama Dassault Falcon sebagai kenderaan penerbangan. Apa yang menarik sekali adalah Taylor Swift memiliki 2 buah private jet. Falcon 900 ini digunakan untuk flight yang jauh manakala Falcon 50 digunakan untuk penerbangan destinasi yang dekat. Terdapat dilihat di Falcon 900 ini tertera nombor 13 yang merupakan nombor kegemaran Taylor Swift.

KATALAKI: Serious kita baru dapat bayar downpayment kereta pun dah happy semacam…

Last modified: 11 March 2020