“KDB Dan Toni Kroos Layak Bermain Di Liverpool” – ALL REDS Malaysia

Aktif, Bola

Selepas selesai perlawanan FA Community Shield antara Manchester City dan Liverpool yang berlangsung pada 4 Ogos 2019 hari tu, tumpuan seterusnya akan diberikan kepada perlawanan Premier League musim baru yang akan bermula pada 10 Ogos 2019 nanti.

Liverpool dijadualkan akan bertemu Norwich City untuk perlawanan pertama Premier League musim 2019/20. Nampak mudah untuk Liverpool menewaskan Norwich City memandangkan Norwich City merupakan pasukan baru yang berjaya naik ke Premier League musim ni dan perlawanan ni juga akan berlangsung di Anfield, kubu keramat pasukan Liverpool.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liverpool Football Club (@liverpoolfc) on

Menjelang perlawanan pertama Liverpool untuk musim baru Premier League, kami berpeluang untuk menemu bual bro Muzili Aznor Musa, presiden kelab penyokong rasmi Liverpool di Malaysia iaitu ALL REDS Malaysia (ARM) mengenai pandangan dan pendapat daripada ARM sendiri berkenaan pasukan Liverpool. Ini jawapan yang dikongsi oleh bro Muzili Aznor Musa sebagai presiden.

Image Via : Facebook

Pada tahun 2012, kelab penyokong Liverpool ini mula ditubuhkan secara tidak rasmi di Johor Bahru dan disertai tidak lebih daripada 21 orang penyokong masa tu. Pada tahun 2013, detik bersejarah mula tercipta selepas beberapa kelab penyokong Liverpool yang lain antaranya VCReds dari Lembah Klang, Reds 1892 dari Sungai Petani dan LFC Pahang Supporters dari Kuantan bergabung untuk membentuk sebuah kelab penyokong rasmi pasukan Liverpool di Malaysia yang digelar ALL REDS Malaysia. Pada tahun yang sama juga, ALL REDS Malaysia (ARM) secara rasminya didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan mendapat pengiktirafan daripada Liverpool sendiri sebagai kelab penyokong rasmi Liverpool FC di Malaysia sehingga kini. Setakat hari ni, ARM mempunyai seramai 900 orang ahli yang berdaftar.

Jangkaan Untuk Liverpool Dalam Premier League 2019/20

Image Via : Facebook

Menurut presiden ARM, selepas Liverpool berjaya menjulang piala UEFA Champions League pada musim lepas, sebagai penyokong sudah pastinya mengharapkan pasukan Liverpool kembali menguasai Premier League dengan memburu piala domestik di England antaranya menjadi juara untuk Premier League untuk musim 2019/20 walaupun takde pembelian pemain ternama baru untuk musim baru setakat ni. Man City merupakan pasukan pilihan presiden ARM yang dijangka akan memberi saingan sengit kepada Liverpool sepanjang musim baru Premier League nanti.

Mo Salah atau Sadio Mane Yang Lebih Penting Dalam Kejayaan Liverpool?

Soalan ni merupakan soalan yang paling susah nak dijawab oleh penyokong Liverpool satu dunia. Jawapan yang diberikan oleh bro Muzili Aznor Musa sebagai presiden ARM ialah masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Ketika Salah lebih diberi tumpuan oleh pihak lawan, ia membuka jalan buat Mane untuk membuka ruang mencari gol dan begitu juga sebaliknya.

Masing-masing mempunyai peranan penting dalam kejayaan LFC musim lalu. Ketika Salah buntu dengan jaringan gol di pertengahan musim, Mane pula menyerlah yang akhirnya membawa kepada kedua-dua pemain ini dianugerahkan Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak liga musim lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liverpool Football Club (@liverpoolfc) on

Pemain Muda Liverpool Yang Diharapkan Selalu Diturunkan dalam Premier League 19/20?

Menurut presiden ARM, Trent-Alexander Arnold dan Joe Gomez sudah pastinya akan selalu tampil sebagai pemain kesebelasan utama Liverpool untuk musim baru nanti.

Selain tu, Rhian Brewster dan dua pemain baru yang dibeli oleh Liverpool iaitu Sepp Van Den Berg dan Harvey Elliot diharapkan dapat diberi peluang oleh Jurgen Klopp untuk menyarung jersi pasukan utama Liverpool.

UEFA Champions League 2019/20

Selepas berjaya menjadi juara UEFA Champions League pada musim lepas, setiap penyokong Liverpool pastinya mengharapkan Liverpool sekali lagi layak ke perlawanan akhir untuk musim baru nanti. Siapa yang layak bertemu Liverpool bertemu di perlawanan akhir UEFA Champions League 2019/20 nanti? Hanya dua pasukan yang menjadi pilihan presiden ARM iaitu Juventus dan Barcelona.

Komen Mengenai Jersi Baru Liverpool

Image Via : Facebook

Pandangan daripada presiden ARM ialah ada elemen nostalgia era 80-an yang diterapkan dalam rekabentuk dan corak jersi Liverpool musim baru ni. Ia amat menarik ditambah pula dengan jersi musim ini memberi ruang penghargaan untuk sambutan 100 tahun kelahiran Bob Paisley, pengurus paling berjaya dalam sejarah pasukan Liverpool.

Pemain Pilihan Yang Layak Dibeli Oleh Liverpool

Kami ada tanya gak kepada presiden ARM, siapa pemain pilihan yang layak dibeli dan beraksi bersama Liverpool untuk memantapkan lagi barisan pemain Liverpool.

Image Via : Facebook

Jawapan yang kami terima ialah Kevin De Bruyne dan Toni Kroos memandangkan Liverpool kekurangan bakat di bahagian tengah yang betul-betul mampu mengawal rentak perlawanan dan membantu membuka ruang untuk membuat jaringan gol.

Pesanan Kepada Penyokong Liverpool Seluruh Malaysia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Liverpool Football Club (@liverpoolfc) on


Teruskan menyokong Liverpool tanpa berbelah bagi. Terima kasih kepada semua penyokong dan peminat Liverpool yang telah sama-sama membantu menjayakan banyak aktiviti dan majlis yang kami anjurkan selama ini. You’ll Never Walk Alone.

Kalau korang nak tahu macam mana cara nak daftar sebagai ahli ALL REDS Malaysia dan sentiasa up-to-date dengan aktiviti yang dianjurkan, boleh usha akaun media sosial ALL REDS Malaysia kat bawah ni okehh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by All Reds Malaysia (ARM) (@allredsmalaysia) on

KATALAKI: Perlawanan pertama Liverpool bertemu dengan pasukan top 6 di Premier League ialah pada 25 Ogos 2019 menentang Arsenal di Anfield.

Last modified: 8 August 2019