Keadaan Terkini Stadium Baru JDT

Aktif, Bola

Buat masa ni, masa artikel ni ditulis pada 31 Mei 2019, JDT masih lagi menggunakan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos atau juga dikenali sebagai Stadium Larkin untuk semua perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan JDT.

Image Via : Facebook

Untuk info, sejak pasukan bola sepak JDT mengalami revolusi pada tahun 2013, JDT berjaya jadi juara Liga Super Malaysia sebanyak lima kali berturut-turut pada tahun 2014 sehingga 2018. Tahun 2019 ni pun nampaknya mungkin piala Liga Super akan dibawa ke Stadium Larkin untuk kali ke-6.

Pada tahun 2017, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melancarkan reka bentuk stadium baru JDT yang diberi nama Stadium Sultan Ibrahim Larkin yang terletak di Iskandar Puteri.

Image Via : Facebook

Image Via : Facebook

Image Via : Facebook

Baru-baru ni, pada 29 Mei 2019, JDT ada tunjuk gambar terkini pembinaan Stadium Sultan Ibrahum Larkin kat Facebook JOHOR Southern Tigers. Mari kita tengok.

Image Via : Facebook

Image Via : Facebook

Image Via : Facebook

Image Via : Facebook

Image Via : Facebook

Setakat ni belum lagi ada tarikh rasmi bila Stadium Sultan Ibrahim akan mula digunakan oleh JDT. Stadium baru JDT sepatutnya siap pada Mei 2019 tapi ditunda disebabkan ada perubahan yang dilakukan iaitu kapasiti stadium dikurangkan daripada 40 ribu orang kepada 20 ribu orang.

KATALAKI: Dah siap stadium baru nanti makin berebut la yang nak main kat JDT. Stadium bertaraf antarabangsa tu.

Last modified: 17 June 2019