Kebanjiran PATI – Food Court Seafood Terkenal Di Penang Diserbu!

Sembang

Minggu lepas, sepasukan anggota daripada Jabatan Imigresen Pulau Pinang telah melakukan serbuan secara mengejut disalah sebuah food court makanan laut terkenal yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang.

Berdasarkan laporan 999 TV3MALAYSIA, lokasi ini telah menjadi lubuk bagi pendatang asing tanpa izin atau PATI untuk bekerja. Semasa serbuan dilakukan, beberapa pekerja dilihat cuba untuk melarikan diri namun atas tindakan pantas anggota penguatkuasa, mereka semua berjaya diberkas.

Ketika serbuan dilakukan, food court ini masih lagi sedang beroperasi dan ramai pelanggan yang sedang menikmati makanan. Pekerja-pekerja PATI ini pula dilihat sedang mengambil pesanan dan memasak hidangan yang telah dipesan oleh pelanggan.

Kesemua mereka yang ditahan tidak mempunyai pas bekerja yang sah dan ada juga yang menyalahgunakan pas pekerjaan mereka dengan bekerja luar daripada bidang yang dimohon. Pemilik-pemilik kedai makan nampaknya suka menggajikan pekerja PATI ini kerana dapat berjimat kerana tidak perlu memberikan gaji yang besar kepada mereka.

Ada di antara pemilik kedai makan dan PATI ini cuba untuk menipu pihak berkuasa dengan menyatakan mereka tidak kenal antara satu sama lain. Ada juga PATI yang telah bekerja tanpa sebarang pas kebenaran yang sah selama 9 tahun!

Daripada serbuan yang dibuat, lebih daripada 20 orang pekerja asing tanpa izin yang ditahan kerana kesalahan tidak memiliki passport, menyalahguna permit berkerja diluar bidang yang dimohon dan pas bekerja tamat tempoh. Kebanyakan daripada mereka memiliki permit bekerja sebagai cleaner namun ada diantara mereka yang bekerja sebagai tukang masak dan ini merupakan satu kesalahan yang besar.

Semua PATI dibawa ke Pejabat Imigresen Pulau Pinang untuk siasatan lanjut. Kes ini akan disiasat dibawah seksyen 6(1)(C) dan peraturan 39(B) Akta Imegresen 1959/63.

Sementara itu, satu serbuan mengejut turut dilakukan di sekitar Jalan Silang, Kuala Lumpur. Semasa serbuan dilakukan, seramai 247 pendatang asing tanpa izin telah ditahan setelah pemeriksaan dilakukan kepada lebih 1,200 individu yang berada dikawasan tersebut.

Lebih 50 premis di sekitar Jalan Silang telah diperiksa oleh 175 orang anggota penguatkuasa. Semasa pemeriksaan dilakukan, kebanyakan pendatang asing tanpa izin ini ditahan kerana menyalahgunakan permit perkerjaan dengan bekerja luar daripada bidang yang dimohon.

Operasi ini juga turut disertai oleh ketua pengarah imigresen Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud. Kata beliau, ada di antara pendatang tanpa izin ini yang bekerja di kedai-kedai telefon bimbit sebagai penjual dan juga sebagai pembaiki telefon pintar.

Tidak terkecuali sebuah dua premis pelacuran di Jalan Pudu dan Jalan Pasar Baru turut diserbu. Berdasarkan siasatan dan tangkapan yang dijalan, hampir 400 wanita warga asing ditahan dan dipercayai melakukan aktiviti tidak bermoral.

Semasa pemeriksaan dijalankan, kebanyakan daripada mereka didapati tidak menyimpan passport mereka sendiri dan pihak imegresen mengesyaki passportpassport ini telah dipegang dan disimpan agen-agen kepada warga asing yang telah ditahan.

Sekitar 100 orang lelaki turut ditahan kerana disyaki sedang menunggu giliran untuk melanggan pelacur-pelacur warga asing ini. Seramai 1,700 warga asing telah diperiksa dan 677 warga asing telah ditahan kerana kesalahan tidak mempunyai permit yang sah dan pas lawatan tamat tempoh.

KATALAKI: Macam tahu je dekat mana rumah pelacuran dekat Jalan Pudu ni hehehe!

Last modified: 16 August 2019