Kedai Runcit Penuh Dengan Najis Tikus & Lipas!

Sembang

Bayangkan bila korang masuk kedai runcit nak beli barang dapur tak kiralah basah ataupun kering, korang nampak banyak najis tikus dan sayur-sayur yang dijual ada kesan gigitan yang berkemungkinan daripada haiwan perosak itu tadi.

Itulah yang dijumpai oleh wartawan 999 TV3MALAYSIA Official bersama pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang ketika mereka melakukan satu operasi yang dipanggil Ops Kedai Runcit yang dijalankan di kedai runcit sekitar Pulang Pinang baru-baru ini.

31 buah kedai runcit disekitar Kepala Batas, Pulau Pinang telah dipantau oleh pihak berkuasa bagi memastikan pemilik premis tidak mengabaikan aspek kebersihan dan keselamatan. Ketika melakukan operasi, mereka telah terjumpa beberapa buah kedai runcit yang kotor dan tidak selamat untuk menjual barang makanan.

Bau hamis yang dipercayai daripada kencing tikus juga dikesan sangat kuat ketika pegawai-pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang cuba mengeledah pada kawasan stor tempat peruncit-peruncit ini menyimpan bahan sejuk beku dan sayur-sayuran.

Peruncit juga didapati tidak mengasingkan bahan makanan dengan barangan lain di rak simpanan. Terdapat beberapa bahan makanan yang dilihat disimpan dan diletakan terlalu dekat dengan bahan beracun seperti sabun pencuci pinggan dan lain-lain.

Terdapat juga bahan makanan yang dilihat hanya diletakan dilantai yang kotor dan basah. Ini akan mengakibatkan bahan makanan ini dicemari dengan bakteria yang berbahaya dan berkemungkinan akan terkena kencing tikus.

Satu siasatan lanjut telah dijalankan oleh pegawai kesihatan persekitaran bahagian keselamatan dan kualiti makanan terhadap premis kedai runcit ini. Antara alasan yang diberikan oleh peruncit adalah barang-barang basah seperti sayur yang dijumpai dibiar dilantai adalah ianya baru sahaja sampai ke kedai tersebut dan terlupa untuk menyusunnya ditempat sepatutnya.

Kedai runcit yang dikatakan telah beroperasi lebih daripada 10 tahun dilihat dipenuhi dengan najis tikus, lipas dan juga lalat. Perangkap-perangkap tikus dan juga lipas juga dibiarkan terlalu dekat dengan bahan makanan. Ini merupakan satu kesalahan yang amat besar.

Bukan sahaja barang makanan yang diletakkan ditempat yang kotor dan dekat dengan beracun, pegawai kesihatan juga menjumpai beberapa bahan makanan yang telah rosak seperti telah digigit oleh tikus tapi masih lagi diletakkan dihadapan kedai untuk dijual kepada pelanggan.

Hasil operasi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang berjaya mengeluarkan 19 notis kompaun yang bernilai lebih daripada RM54,000. Kedai-kedai runcit yang diberikan kompaun juga diarah untuk menutup kedai selama 14 hari bagi memastikan kedai mereka dibersihkan dalam keadaan yang sepatutnya.

KATALAKI: Macam manalah orang boleh datang kedai ni beli barang!

Last modified: 14 October 2019