Kejadian-Kejadian Gila Yang Pernah Berlaku Di IKEA

Sembang, ZAP, ZeKool

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Kelang, Johor Bahru dan juga Pulau Pinang, pasti pusat membeli perabot ni menjadi tempat utama untuk berangan pasal perhiasan dan perabot rumah. Korang yang pernah pergi IKEA tu mesti lah pernah acah-acah amik gambar and berangan perabot dekat IKEA tu macam korang punya. Tak apa lah memang tak salah pun nak berangan macam tu. Tapi pernah tak korang tahu yang sebenarnya banyak kejadian-kejadian yang gila pernah berlaku di IKEA cawangan seluruh dunia.

Baru-baru ni kecoh bila seorang perempuan di China melakukan aksi tidak senonohnya di IKEA yang dirakam kamera litar tertutup. Rakaman tersebut mendapat kecaman orang ramai kerana aksi yang dilakukannya itu tidak sepatutnya dilakukan di tempat awam. Tapi ini bukan lah kali pertama IKEA dijadikan tempat untuk peristiwa-peristiwa pelik dan gila.

BUDAK 12 TAHUN SEMBUNYI 6 HARI DI IKEA

Satu kejadian di mana seorang kanak-kanak berumur 12 tahun bernama Peng Yijan bersembunyi di IKEA selama 6 hari. Dilaporkan kanak-kanak tersebut bertelingkah dengan ibunya dan terus melarikan diri dari rumah. Tempat untuk dituju yang boleh difikirkan budak tu hanya lah IKEA. Jadi dia pun pergi ke IKEA dan bersembunyi di situ. Selepas hampir seminggu, polis dapat menjejaki budak tersebut dan menyekat semua laluan masuk IKEA. Pihak polis menghabiskan masa hampir sejam sebelum kanak-kanak tersebut dijumpai. Korang kalau merajuk jangan lari rumah pergi IKEA ye.

DUA ORANG DITIKAM MATI

Pada tahun 2015, dilaporkan dua sahabat yang sedang membeli perkakas dapur ditikam mati oleh seorang pelarian dari rumah gila, yang kemudian ditikam juga di situ. Pada awalnya pihak polis menyangkakan pelaku tersebut sebagai mangsa ketiga, tapi rupanya dia lah pelaku kepada serangan ganas tersebut. Kejadian tersebut berlaku di IKEA Sweden.

SEORANG PERVERT DITANGKAP DI IKEA

Memang golongan macam ni dekat mana-mana je ada. Pada tahun 2016 seorang lelaki ditangkap semasa sedang menjalankan ‘hobi’ jijiknya di IKEA. Hasil siasatan menemui terdapat kamera kecil yang diletakkan di kasutnya untuk merakam bawah skirt perempuan. Polis juga mengatakan dia telah melakukan perbuatan jijik itu lebih sedekad. Lebih 700,000 gambar dan video dijumpai di dalam simpanannya. Apa punya orang lah macam ni.

SEORANG PEREMPUAN DITEMUI MATI DI TEMPAT PARKING

Kejadian pada tahun 2015 di England, di mana seorang wanita yang ditemui dalam keadaan cedera parah oleh pihak polis di tempat parking kereta IKEA. Polis tersebut segera menelefon ambulan, tetapi perempuan itu tidak berjaya diselamatkan. Punca kematian dipercayai kerana bunuh diri.

PASANGAN KEKASIH BERKAHWIN DI IKEA

Dilaporkan satu pasangan telah mengadakan perkahwinannya di IKEA, New Jersey. Mungkin bukan satu idea yang baik untuk berkahwin di dalam IKEA bagi masyarakat di sana. Tapi selesai sahaja majlis, pasangan tersebut mendapat hadiah barangan percuma daripada pihak IKEA. Tapi bukan barang IKEA yang mahal-mahal macam perabot dia lah. So kira okay lah dapat free gift sikit daripada IKEA.

TIDUR DI IKEA

Yang ni tak pasti samada korang pernah buat ke tak, tapi mereka di China gemar untuk tidur di IKEA. Mungkin sebab sofa dan katil dekat IKEA memang empuk. Dikatakan penduduk di China gemar menggunakan pusat perabot tersebut sebagai tempat untuk melarikan diri dari cuaca panas.

KATALAKI: Dalam banyak-banyak benda pelik, benda pelik apa yang korang pernah buat dekat IKEA?

Last modified: 16 May 2020