Kejadian Ngeri Stadium Heysel

Aktif, Bola

Penyokong sejati Liverpool dan Juventus mesti dah pernah dengar mengenai kisah seram dan ngeri yang pernah berlaku pada tahun 1985, sejam sebelum bermulanya perlawanan akhir European Cup (sekarang ni dah guna nama baru, UEFA Champions League) yang melibatkan pasukan Juventus dan Liverpool di stadium Heysel, Belgium.

Stadium Heysel yang dah berusia 55 tahun masa tu, dibanjiri oleh penyokong-penyokong Juventus dan Liverpool lebih daripada 50,000 orang. Menurut laporan, seramai 39 orang mati dan 600 orang cedera, kebanyakannya penyokong Juventus, selepas dinding stadium runtuh disebabkan kekecohan yang berlaku antara penyokong Juventus dan Liverpool.

Kekecohan mula tercetus selepas penyokong kedua-dua pasukan yang hanya dipisahkan oleh pagar besi sementara, mula membaling batu yang diambil daripada rekahan bangunan di dalam stadium.

Lagi beberapa minit sebelum perlawanan bermula, kekecohan yang berlaku semakin melampau. Penyokong Liverpool mula merempuh pihak polis untuk cuba masuk ke kawasan penyokong Juventus dan menyebabkan bahagian penyokong Juventus semakin sesak sehingga ada yang memanjat dinding untuk lari. Disebabkan keadaan kelam-kambut yang berlaku melibatkan puluhan ribu penyokong, dinding yang dipanjat tiba-tiba runtuh.

Walaupun keadaan penyokong dah tak terkawal, perlawanan akhir European Cup 1985 tetap berlangsung dan Juventus menang ke atas Liverpool dengan keputusan 1-0. Masa ni, Michel Platini merupakan pemain star untuk Juventus dan Kenny Daglish pemain star untuk Liverpool.

Selepas selesai perlawanan dan kekecohan yang berlaku di stadium, siasatan menyuluruh dijalankan. Seramai 14 orang penyokong Liverpool dijatuhi hukuman atas kesalahan membunuh dan semua kelab bola sepak Inggeris digantung daripada terlibat dalam perlawanan di peringkat Eropah selama 5 tahun.

Maknanya, sejak dari tahun 1985 sehingga 1990, takde kelab bola sepak dari England yang dibenarkan bertanding dalam kejohanan European Cup. Sepatutnya pada tahun 1990, kelab bola sepak England dah boleh bersaing dalam European Cup, tapi disebabkan Liverpool yang berjaya jadi juara liga England, hukuman gantung daripada menyertai sebarang kejohanan Eropah untuk pasukan Liverpool disambung lagi setahun. Pada tahun 1991, baru lah ada kelab bola sepak England yang bersaing dalam European Cup.

Kali pertama Liverpool bertemu dengan Juventus selepas tragedi yang berlaku di stadium Heysel adalah di perlawanan suku akhir UEFA Champions League di Anfield pada tahun 2005. Pertemuan nostalgia ni disambut oleh penyokong Liverpool yang membentangkan tifo dengan perkataan dalam bahasa Itali “Amicizia” yang bermaksud persahabatan atau friendship. Tapi, ada penyokong Juventus yang masih lagi menyimpan dendam.

Sekarang ni, stadium Heysel masih lagi digunakan oleh pasukan kebangsaan Belgium sebagai stadium rasmi. Tempat Kevin de Bruyne, Eden Hazard dan Romelu Lukaku berlatih kalau ada perlawanan antarabangsa. Tapi selepas dibaik pulih dan dinaik taraf pada tahun 1995, nama stadium Heysel menggunakan nama baru, stadium King Baudouin.

KATALAKI: Sejak tahun 1965 sampai sekarang, Liverpool dan Juventus pernah bertemu sebanyak 6 kali je. 

Last modified: 18 March 2020