Kejohanan Bola Sepak Yang Bakal Berlangsung Pada Tahun 2020

Aktif, Bola

Tahun 2020 dah pun muncul, apa azam korang untuk tahun baru ni? Bagi peminat sukan bola sepak, salah satu azam yang dipasang setiap tahun dah tentu sekali nak tengok perlawanan bola sepak sebanyak yang boleh sama ada tengok kat TV atau pun tengok depan mata secara live kat stadium.

Jadi, kali ni kami nak kongsikan mengenai kejohanan bola sepak yang bakal berlangsung pada tahun 2020, termasuk lah kejohanan yang melibatkan pasukan Harimau Malaya kita.

KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022 & PIALA ASIA 2023

Pasukan Harimau Malaya akan meneruskan perjuangan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 pada bulan Mac tahun 2020, untuk menentukan sama ada Malaysia layak atau tidak beraksi di perlawanan kelayakan yang seterusnya untuk Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Berbaki lagi 2 perlawanan, Malaysia dijadualkan akan bertemu dengan pasukan UAE di Dubai pada 26 Mac 2020 dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac 2020. Buat masa ni, Harimau Malaya berada di kedudukan ke-2 kumpulan G di belakang Vietnam selepas berjaya mengumpul 9 mata dalam 5 perlawanan.

PIALA AFF 2020

Berlangsung setiap 2 tahun, kejohanan yang menampilkan pasukan kebangsaan dari negara-negara Asia Tenggara akan kembali pada tahun 2020 selepas kali terakhir dianjurkan pada tahun 2018, dimenangi oleh Vietnam. Setakat ni, belum lagi ada berita pengumuman rasmi mengenai penganjuran Piala AFF 2020. Tapi, dengar cerita pasukan Australia berminat untuk join Piala AFF 2020 kali ni dan dijangka akan berlangsung pada bulan November sehingga Disember.

AFC U-19 CHAMPIONSHIP 2020

Selepas skuad muda Harimau Malaya berjaya jadi juara kumpulan G dan menang dalam semua perlawanan kelayakan menentang Kemboja, Thailand, Brunei dan Northern Mariana Islands, skuad bawah 19 tahun Harimau Malaya akan beraksi di gelanggang AFC U-19 Championship yang akan berlangsung di Uzbekistan pada 14 Oktober sehingga 30 Oktober 2020.

Pada tahun 2018, skuad muda Harimau Malaya tak berjaya lepas peringkat kumpulan selepas hanya mampu mengumpul 1 mata dalam 3 perlawanan.

EURO 2020

Selepas kali terakhir berlangsung pada tahun 2016 yang berjaya dimenangi oleh pasukan Portugal, kejohanan bola sepak tertinggi yang melibatkan pasukan bola sepak kebangsaan negara-negara Eropah kini kembali pada tahun 2020 berlangsung pada 12 Jun sehingga 12 Julai 2020 di beberapa negara Eropah yang dipilih sebagai penganjur.

COPA AMERICA 2020

Mungkin tahun 2020 ni merupakan kali terakhir Lionel Messi beraksi di Copa America? Kejohanan bola sepak yang melibatkan pasukan kebangsaan negara-negara Amerika Selatan antaranya Argentina, Brazil, Colombia dan Uruguay akan berlangsung di 2 buah negara buat pertama kali sejak tahun 1983 iaitu Argentina dan Colombia.

Pasukan Australia dan Qatar dari konfederasi bola sepak AFC antara yang dijemput untuk memeriahkan saingan Copa America 2020. Brazil merupakan juara bertahan selepas berjaya menang Copa America pada tahun 2019.

KATALAKI: Busy teruk la nampaknya peminat bola sepak tahun 2020 ni.

Last modified: 30 December 2019