Kejohanan Esports Untuk Kampus? #KEK

Game, Tech

Chill, Jangan trigger dengan tajuk diatas. MyGameOn bukan nak ajak korang masak kek tapi dorang baru sahaja melancarkan Kejohanan E-Sukan Kampus, Kejohanan esport pertama untuk tahun ini yang menampilkan team esport dari institusi pengajian tinggi terbaik seluruh Malaysia.

Kejohanan yang mendapat support dari Media Prima Digital, Celcom Axiata Berhad dan dengan kerjasama Kitamen akan menawarkan prize pool sebanyak RM180,000! Acara ini akan diadakan di lima zon di seluruh Malaysia.

Terdapat 3 permainan yang akan dipertandingkan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, Pro Evolution Soccer 2019 dan juga DOTA 2. RM180,000 tadi akan dibahagikan kepada 3 permainan ini iaitu Mobile Legend dan DOTA 2 masing-masing prize pool RM50,000 setiap satu dan PES 2019 sebanyak RM30,000. Tapi ada balance lagi RM50,000, Mana pergi? Chill baca dulu sampai habis nanti aku bagitahu.

Kejohanan ini akan bermula secara online pada awal bulan February 2019 dimana pasukan bertanding di setiap zon akan merebut untuk menjadi Top 16. Kemudian Top 16 ini akan dibawa ke pusingan zon akhir yang akan bermula pada bulan March.

Selepas bertanding pada pusingan akhir peringkat zon, setiap pemenang dari 3 permainan yang ditawarkan itu tadi akan berjumpa dan berlawan di peringkat grand final bagi merebut hadiah wang tunai utama dimana akan diadakan pada bulan April 2019 di Kuala Lumpur.

Korang nak tahu mana lagi RM50,000 tadi pergi? Setiap institusi pengajian tinggi yang mempunyai paling banyak pasukan yang menjadi juara akan membawa pulang RM50,000 ini tadi dalam bentuk biasiswa yang dibawakan oleh Celcom XPAX. So bukan sahaja korang dapat harumkan nama team korang, korang juga mampu untuk harumkan nama kampus korang jugak bro!

Selain Celcom XPAX dan Kitamen, kejohanan ini turut di support oleh Acer Predator sebagai rakan rasmi KEK. Sewaktu kejohanan peringkat zon akhir ini berlangsung nanti, pameran kerjaya, food truck, booth pendidikan, dan diskusi bersama pro esport player juga akan diadakan.

Satu lagi aktiviti yang paling aku suka dengar adalah cabaran XPAX Hackathon. Cabaran ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk membentangkan idea bernas mereka kepada pihak penganjur dan mereka mungkin layak untuk memenangi hadiah ekslusif daripada XPAX.

Setakat ini, KEK dijadualkan akan berlangsung di beberapa university utama termasuklah Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Bagi korang yang berminat untuk menyertai or nak tahu lebih lanjut bolehlah melayari website rasmi MYGAMEON dan juga di Facebook Page dorang!

KATALAKI: Sambil belajar, sambil main game. Kurang-kurang boleh bawa wang tunai and harumkan nama kampus bro!

Last modified: 30 January 2019