Kek Nampak Real Buat Orang Keliru!

Sembang, ZAP, ZeKool

Pernah tak korang nampak sesuatu benda tu macam sama tapi bukan dia. Biasanya perkara macam ni jadi bila kita nampak seseorang tu yang muka seakan-akan sama tapi bukan orang yang dimaksudkan. Cuma kali ini kita beralih kepada objek pula yang nampak macam betul tapi sebenarnya tidak seperti yang kita sangka. Dunia media sosial sekali lagi dipenuhi dengan kekeliruan terbaru, iaitu objek-objek realistik yang bila dipotong sebenarnya adalah kek. Aku pun tak pasti daripada mana trend ni datang tapi nampaknya ‘realistic cake’ ini tidak lah dihasilkan oleh satu individu sahaja.

‘CAKE ARTIST’ BUAT ORANG KELIRU

Antara ‘cake artist’ yang menghasilkan kek realistik ini adalah Luke Vincentini dari New Jersey. Kek-kek yang dihasilkan beliau memang nampak seperti objek-objek yang betul, tapi setelah dipotong ternyata ia hanya sebiji kek. Antara objek-objek yang dihasilkannya adalah seperti kasut, kiub rubik, buah-buahan dan lain-lain lagi objek yang biasa kita nampak. Menurut Vincentini, kerja-kerja untuk menghasilkan setiap kek sememangnya sukar tetapi berbaloi untuk dihasilkan.

Seorang lagi ‘cake artist’ dan juga merupakan ‘baking guru’ di Youtube juga turut menghasilkan sebiji kek berbentuk terung yang betul-betul nampak real. Natalie Sideserf melalui channel Youtube miliknya menunjukkan bagaimana dia menghasilkan kek yang menyerupai bentuk terung. Dengan menggunakan kek cokelat, acuan cokelat, gelatin dan gel food color, Sideserf mencorakkan sebiji kek yang betul-betul nampak macam terung. Kalau letak dekat dapur tu mungkin korang pun ingat tu adalah terung.

 

View this post on Instagram

 

This filet-o-fish sandwich is actually a CAKE! See how it was made in our brand-new YouTube video, and don’t forget to subscribe for new mind-blowing cake videos every Monday (link in bio) 🤯 youtube.com/SideserfCakeStudio⠀ . . . #sideserfcakes #mcdonalds #filetofish #lent #cakedecorating #cakedesign #cakeoftheday #cakesofinstagram #cakesofig #cake #baking #bakery #lookalike #realistic #yummy #foodie #food #amazing #incredible #dessert #sweets #chocolate #buttercream #fishsandwich #fish #satisfying

A post shared by Sideserf Cake Studio (@sideserfcakes) on

Melalui video tutorial beliau, korang pun boleh buat sendiri kek realistik ni. Bahan-bahan yang digunakan pun simple je dan mudah didapati. Masa awal-awal tu mungkin lah tak berapa nak menjadi, tapi lama-lama mesti pro dan boleh buat orang lain keliru pula. 

SEBUAH SENI YANG DAH LAMA WUJUD

Seni ini dikenali sebagai ‘Trompe l’oeil yang berasal daripada perkataan Perancis. Bila diterjemahkan ia bermaksud ‘mengelirukan mata.’ Ia sebenarnya sebuah teknik seni yang dah lama dipraktikkan sejak awal abad ke-19 lagi. Ia merupakan satu konsep lukisan yang membuatkan lukisan tersebut kelihatan seperti 3D dari sudut pandangan tertentu. Jadi daripada konsep ini, ‘cake artist’ sebenarnya telah menukarkannya ke tahap yang lebih dasyat iaitu membuatkan sebiji kek kelihatan seperti satu objek yang real.

KATALAKI: Lepas ni sebelum pakai kasut check dulu tu kek ke kasut…

Last modified: 15 July 2020