Kelab Bola Sepak Yang Dimiliki Oleh Will Ferrell

Aktif, Bola, ZAP, ZeKool

Bukan je setakat bergelar pelakon, pelawak dan penerbit yang pernah terlibat dengan kejayaan filem Blades of Glory, Starsky & Hutch dan banyak lagi, Will Ferrell juga merupakan seorang ahli perniagaan yang aktif menceburkan diri dalam bidang sukan bola sepak di Amerika Syarikat.

Will Ferrell merupakan salah seorang daripada pemilik pasukan Los Angeles FC, sebuah pasukan bola sepak yang mula bertapak di Amerika Syarikat sejak tahun 2014. Korang jangan keliru antara Los Angeles FC (LAFC) dengan Los Angeles Galaxy (LA Galaxy). Dua pasukan ni merupakan pasukan yang berbeza. Tapi ada satu persamaan antara Los Angeles FC dan Los Angeles Galaxy iaitu masing- masing berpangkalan di California, Amerika Syarikat.

 

View this post on Instagram

 

2020 drip. #LAFC

A post shared by Los Angeles Football Club (@lafc) on

 

View this post on Instagram

 

🏆 Eight years ago…

A post shared by LA Galaxy (@lagalaxy) on

Los Angeles FC dan Los Angeles Galaxy juga merupakan musuh ketat dalam saingan Major League Soccer di Amerika Syarikat. Permusuhan antara dorang ni digelar El Tráfico yang bermaksud The Traffic dalam Bahasa Inggeris. Gelaran El Tráfico atau The Traffic tu dicipta oleh media dan penyokong kedua-dua pasukan, diambil daripada keadaan kesesakan trafik di kawasan Los Angeles, bandar yang mempunyai kesesakan trafik paling teruk di Amerika Syarikat.

Los Angeles FC bukan je dimiliki oleh beberapa orang ternama termasuk Will Ferrrel, dua orang ahli perniagaan berjaya dan terkaya yang berasal dari Malaysia juga ada bahagian dalam pemilikan pasukan bola sepak Los Angeles FC iaitu Datuk Ruben Gnanalingam dan Tan Sri Vincent Tan.

Info penting untuk korang, musim terbaru Major League Soccer tahun 2020 akan bermula pada 29 Februari 2020 sehingga 7 November 2020. Inter Miami CF, pasukan yang dimiliki oleh pemain bola sepak kesayangan ramai, David Beckham akan buat kemunculan pertama dalam saingan Major League Soccer kali ni.

Selepas Zlatan Ibrahimović tidak lagi beraksi di Major League Soccer, pemain ternama yang akan turun beraksi di Major League Soccer untuk musim 2020 nanti adalah Carlos Vela yang bersama dengan Los Angeles FC dan Javier Hernández yang baru je berpindah ke Los Angeles Galaxy.

 

View this post on Instagram

 

2.5.2020 (link in bio)

A post shared by Los Angeles Football Club (@lafc) on

 

View this post on Instagram

 

Imaginemos 💭

A post shared by LA Galaxy (@lagalaxy) on

KATALAKI: Major League Soccer sekarang tengah berhempas-pulas mempopularkan lagi liga bola sepak Amerika Syarikat di mata dunia, nak bersaing dengan liga bola sepak ternama Eropah.

Last modified: 19 February 2020