Kelibat Agent Coulson Dalam Captain Marvel

Sembang

Trailer terbaru atau dipanggil special look oleh Marvel pasal filem Marvel Cinematic Universe (MCU) yang terbaru, Captain Marvel, baru je keluar hari ni, 8 Januari 2019. Filem ni bakal ditayangkan kat pawagam pada 8 Mac 2019 nanti. Sabar brader, ada 2 bulan lebih lagi.

Korang dah tengok? Dah study betul-betul trailer terbaru ni? Marvel ni memang suka tease kita semua dengan trailer yang ada maksud tersirat. Dalam trailer ni, agent SHIELD yang disukai ramai, Agent Coulson nampaknya akan muncul dalam filem Captain Marvel nanti. Sebelum ni watak Agent Coulson dah pun mati dalam filem pertama Avengers pada tahun 2012.

Dalam trailer terbaru ni gak, Agent Coulson nampak lebih muda sebab untuk filem Captain Marvel ni, apa yang berlaku semuanya sebelum wujudnya filem MCU yang lain. Maknanya, ni filem prequel untuk filem-filem MCU sebelum ni. Sebab tu Agent Coulson pun hidup lagi dan Agent Fury pun masih lagi muda teruk.

Dalam trailer ni, kita boleh nampak keakraban antara Captain Marvel dan Agent Fury yang memang ngam. Ada yang kata Captain Marvel la superhero pertama yang Agent Nick Fury berjaya jumpa. Bukan Captain America. Nak tahu betul ke tak, kita tunggu bila filem Captain Marvel ni keluar nanti. Mungkinkah Captain Marvel akan buat kemunculan dalam filem Avengers: Endgame? Boleh baca kat sini.

Korang perasan ada Jude Law dalam trailer Captain Marvel? Watak Jude Law ni nanti mungkin watak penting juga dalam siri filem MCU. Nah trailer terbaru Captain Marvel kat bawah ni kot-kot ada lagi yang belum tengok.

KATALAKI: Brie Larson, yang pegang watak Captain Marvel ni pernah menang Oscars pada tahun 2016 untuk Best Actress. Power ke tak agaknya Brie Larson jadi Captain Marvel.

Last modified: 9 January 2019