Kemalangan Sebenar Dirakam Dalam Filem Terkenal

Sembang

Didalam sesebuah produksi perfileman, antara yang membuatkan sesebuah filem tersebut nampak gah dan gempak, ianya adalah hasil daripada gabungan pengarahan, kesan visual yang disampaikan serta juga impak hasil karya seni lakonan yang disampaikan dan dijayakan dengan baik oleh para pelakon, walaupun secebis mana sekali pun lakonan yang disampaikan, setiap manpower yang disampaikan dalam sesebuah filem itu menjadikan filem yang diterbitkan kelihatan real!

Antara salah satu punca yang menyebabkan sesebuah babak didalam filem itu nampak menjadi dan realistik adalah kerana ianya dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang mempunyai bakat yang cukup hebat untuk mereka memegang watak tersebut, itu juga tidak termasuk dengan penglibatan dan pengalaman mereka yang sudah pun mempunyai kepakaran dalam bidang lakonan sehingga boleh dikategorikan sebagai pelakon yang sangat method.

Walaupun apa sekali pun yang terjadi ketika rakaman filem sedang dijalankan, sebagai pelakon yang method, mereka harus menjiwai watak yang dibawakan, sehinggalah terdapat insiden-insiden yang menyebabkan kemalangan namun mereka membawakan watak tersebut dengan sepenuh hati sehingga pengarah dan penerbit dengan sengaja membiarkan suntingan babak kemalangan tersebut didalam final cut filem yang dikeluarkan.

Kali ni kita usha filem-filem yang mempunyai kemalangan yang sebenar yang melibatkan aktor-aktor Hollywood, dimana babak-babak kemalangan ini dengan secara sengaja dibiarkan didalam filem yang diterbitkan itu.

PATAH KAKI – MISSION IMPOSSIBLE: FALLOUT

Memang benar sekali, untuk filem ke-enam daripada siri Mission Impossible yang membintangi aktor Tom Cruise sebagai tunjang utama filem yang dikeluarkan pada tahun 2018 ini, dikhabarkan kebanyakkan babak aksi lasak yang harus dilakukan untuk filem ini dilakonkan sendiri oleh aktor tersebut.

Walaupun mereka mempunyai stunt double seperti kebiasaan pengambaran filem-filem Hollywood, namun aktor berusia 58 ini lebih suka melakukan sendiri babak-babak aksi lasak sehingga ada babak yang hampir meragut nyawa Tom Cruise sendiri. Daripada aksi-aksi dan babak lasak yang terdapat filem ini, kelihatan seperti Tom Cruise ini memang gah dan tidak seperti manusia normal langsung, memang patut pun beliau digelarkan sebagai seorang aktor yang legendary.

Didalam sebuah babak francais Mission Impossible ini, terdapat sebuah babak yang dimana Tom Cruise yang melakonkan sebagai watak Ethan Hunt ini harus melompat diantara sebuah bangunan ke bangunan lain, Tom Cruise berlari dan terus melompat ke bangunan lagi satu sehingga membanting lutut dan kakinya lalu menarik dirinya ke permukaan bangunan dan sambung terus berlari meninggalkan babak tersebut.

Rupa-rupanya, ketika melompat ke bangunan kedua tersebut, Tom Cruise lutut dan kaki terlanggar ke bucu bangunan, impak daripada stunt tersebut menyebabkan beliau tercedera dan buku lalinya patah. Namun disebabkan sifat professionalism yang dimiliki oleh Tom Cruise, beliau meneruskan babak tersebut tanpa menghentikan pengambaran. Selepas tujuh minggu berehat, beliau kembali melengkapkan pengambaran Mission Impossible: Fallout ini.

TERBELAH TAPAK TANGAN – NIGHTCRAWLER

Filem yang dikeluar pada tahun 2014 ini menyaksikan aktor Jake Gyllenhaal memegang watak sebagai Louis “Lou” Bloom yang merupakan seorang penjenayah yang bertukar profession kepada videographer kes jenayah yang mempunyai masalah mental.

Didalam sebuah babak dimana watak Lou Bloom ini menghadapi tekanan mental apabila video jenayah yang sepatutnya dirakam diambil oleh pesaingnya, beliau melepaskan geram dengan menumbuk cermin di bilik air rumahnya sambil menjerit dan menghempas pintu cermin bilik air tersebut sehingga ianya pecah terbarai. Babak tersebut nampak realistik dan menjadi kerana Jake Gyllenhaal benar-benar mendalami watak Lou Bloom dan stayed in character sehingga pengarah hentikan rakaman babak tersebut. Berlanjutan daripada scene tersebut, tapak tangan dan ibu jari Jake Gyllenhaal terbelah dan memerlukan sebanyak 40 jahitan.

TULANG BELAKANG – THE EXORCIST

Antara babak filem horror yang boleh dikatakan paling diingati ramai adalah daripada filem The Exorcist. Didalam sebuah babak yang melibatkan pergeluatan antara watak rasukan Regan Macneil dan pelakon Ellen Burstyn yang memegang watak sebagai Chris MacNeil. Babak tersebut terjadi memerlukan kedua-dua watak ini berlawanan dan watak Regan menghentam Ellen Burstyn, sehingga ianya mencederakan tulang belakang. Ketika rakaman dan didalam filem, korang boleh dengar Ellen Burstyn mengjerit, dan jeritan tersebut adalah disebabkan kesakitan daripada cedera tersebut.

KENA CEKIK – INGLORIOUS BASTARDS

Walaupun kebanyakkan kemalangan atau accident berlaku pada filem-filem aksi dan kebanyakkannya melibatkan pelakon-pelakon lelaki, untuk filem Inglorious Bastards pula ianya melibatkan kemalangan buat pelakon wanita Diane Kruger.

Watak Bridget von Hammersmark yang merupakan seorang pelakon filem Jerman dan perisik tetapi beliau menolong team hero filem Inglorious Bastards. Dalam sebuah babak apabila watak Bridget sudah terkantoi menolong hero-hero filem ini, watak beliau diterkam dan dicekik oleh pelakon Christoph Waltz yang memegang watak sebagai Hans Landa. Semasa melakonkan babak tersebut, Diane Kruger memang tidak boleh bernafas dan berada dalam keadaan sesak ditengkuk akibat dicekik dengan begitu kuat. Menurut team produksi, tuan pengarah Quentin Tarantino sendiri yang cekik Diane Kruger untuk shot close-up. Patut la babak tu nampak real gila…

KATALAKI: Hati-hati semua, bye gais…

Last modified: 7 September 2020