Kemalangan Udara Dalam Arena Bola Sepak

Aktif, Bola

Kehilangan pesawat yang dinaiki oleh pemain yang baru je dibeli oleh Cardiff City, Emiliano Sala setakat 1 Februari 2019, masih lagi jadi tanda tanya. Pesawat yang dinaiki Emiliano Sala hilang daripada radar pada 22 Januari 2019, dari Nantes, Perancis menuju ke Cardiff, Wales.

(Update: 8 Feb 2019 – Mayat yang ditemui oleh penyiasat British dalam bangkai pesawat yang terjunam ke Selat Inggeris telah dikenal pasti sebagai pemain bola sepak, Emiliano Sala)

Kejadian yang menimpa Emiliano Sala ni sebenarnya bukan yang pertama kali terjadi dekat pemain bola sepak. Kalau korang ingat lagi, dalam sejarah bola sepak, ada beberapa lagi insiden nahas udara lain yang menganggu emosi kita sebagai peminat bola sepak seluruh dunia. Korang boleh usha nahas udara yang pernah terjadi kat bawah ni.

4 Mei 1949

Seramai 31 orang terbunuh termasuk pemain, jurulatih dan wartawan dalam nahas udara yang menimpa pasukan Torino FC atau lebih dikenali dengan panggilan “The Grande Torino” selepas pesawat yang dinaiki menuju ke Turin dari Lisbon merempuh dinding belakang bangunan Basilica of Superga yang terletak di atas bukit.

Basilica of Superga

Tragedi ni merupakan nahas udara pertama yang melibatkan pemain bola sepak. Pasukan Torino FC sekarang ni masih lagi aktif bersaing dalam liga Serie A Itali.

6 Februari 1958

Peminat sejati Manchester United mesti familiar dengan tragedi ni. Pasukan Manchester United yang digelar “Busby Babes” berada dalam pesawat dari Belgrade, Yugoslavia selepas selesai perlawanan European Cup atau sekarang ni dipanggil UEFA Champions League menentang pasukan Red Star Belgrade berhenti di lapangan terbang Munich, Jerman untuk top up minyak. Dah selesai isi minyak, pesawat tersebut gagal sebanyak dua kali untuk take-off selepas mengalami beberapa masalah.

Percubaan ketiga, pesawat yang dinaiki Busby Babes tersasar daripada landasan dan merempuh sebuah bangunan. Seramai 44 orang berada dalam pesawat, hanya 20 orang je yang terselamat daripada insiden ni termasuklah Matt Busby dan Bobby Charlton.

28 November 2016

Seramai 77 orang dalam pesawat, hanya 6 orang je yang terselamat dalam insiden nahas udara yang melibatkan pasukan bola sepak dari Brazil, Chapecoense yang dalam perjalanan menuju ke Colombia untuk perlawanan akhir Copa Sudamericana 2016 menentang pasukan dari Colombia, Atletico Nacional.

Punca nahas pesawat dikenal pasti berpunca daripada minyak pesawat yang habis ketika masih di udara. Pesawat terhempas di kawasan pergunungan berhampiran dengan Medellin, Colombia.

Perlawanan akhir Copa Sudamericana 2016 yang sepatutnya berlangsung pada 30 November 2016 terpaksa dibatalkan dan juara Copa Sudamericana 2016 dianugerahkan kepada pasukan Chapecoense atas permintaan Atletico Nacional.

28 Oktober 2018

Pemilik kelab Leicester City sejak dari tahun 2010 yang berasal dari Thailand, Vichai Srivaddhanaprabha disahkan terbunuh dalam nahas udara selepas helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan parking kereta luar stadium King Power tak lama lepas take off dari dalam stadium.

Vichai Srivaddhanaprabha antara orang penting dan tulang belakang kebangkitan Leicester City dalam arena bola sepak liga Inggeris selepas berjaya menjulang piala Premier League 2015/2016 buat kali pertama sejak 132 tahun pasukan Leicester City ditubuhkan.

KATALAKI: Korang ada yang takut nak naik flight tak? Sep sikit.

Last modified: 8 February 2019