Kematian Mengejutkan Dunia Tahun 2018

Sembang

Sepanjang tahun 2018, ada beberapa selebriti dan tokoh dunia yang dah meninggalkan kita dan mengejutkan seluruh dunia dengan berita pemergiannya. Sebelum masuk tahun baru 2019, kali ni kita throwback balik antara selebriti-selebriti dan tokoh-tokoh dunia yang dah pergi tinggalkan kita semua pada tahun 2018.

Stan Lee – Meninggal pada 12 November 2018

Dunia dikejutkan dengan pemergian pencipta watak-watak hero komik Marvel yang mula famous semenjak siri superhero Marvel mula dijadikan filem dan ditayangkan di pawagam. Stan Lee meninggal masa berumur 95 tahun. Kami ada buat artikel pasal Stan Lee sebelum ni. Boleh baca kat sini.

Mac Miller – Meninggal pada 7 September 2018

Seorang rapper dan juga penerbit muzik, Mac Miller juga pernah bercinta dengan Ariana Grande pada Ogos 2016 sehingga May 2018. Ada juga peminat Mac Miller yang menyalahkan Ariana Grande sebagai punca Mac Miller semakin depressed selepas dorang berpisah. Mac Miller meninggal ketika berumur 26 tahun.

Anthony Bourdain – Meninggal pada 8 June 2018

Kalau korang suka tengok rancangan memasak dan travel dekat TV atau Internet, mesti korang kenal siapa Anthony Bourdain. Chef selebriti terkenal, Anthony Bourdain meninggal ketika berumur 61 tahun.

Avicii – Meninggal pada 20 April 2018

Salah seorang DJ yang berjaya dan antara yang terawal membawa naik muzik EDM meninggal pada usia 28 tahun. Avicii meninggal masa tengah bercuti dekat Oman. Sampai sekarang, pihak berkuasa belum lagi pengesahan punca kematian Avicii.

Stephen Hawking – Meninggal pada 14 Mac 2018

Seorang genius dan ahli fizik yang berjaya merungkai beberapa teori keajaiban alam semesta. Kalau korang nak tahu sejarah hidup dan kenapa Stephen Hawking boleh lumpuh, korang kena tengok filem kisah benar Stephen Hawking yang bertajuk “Theory Of Everything”, ditayangkan pada tahun 2014. Stephen Hawking meninggal ketika berumur 76 tahun.

Kebanyakan mereka diatas yang telah pergi ni semuanya banyak mencipta fenomena dalam industri. Maka sesuai untuk kami tujukan playlist “Fenomena” Hot FM dibawah ni. Terbaiks!

KATALAKI: Sesungguhnya ajal dan maut di tangan Tuhan.

Last modified: 8 January 2019