Kematian Superhero Paling Menyedihkan!

Sembang

Aku still tak move on lagi daripada movie Avengers: Endgame. Masa tengok movie ini semalam, dekat empat ke lima kali jugalah air mata jantan aku mengalir. Kalau korang dah tengok mesti korang paham kenapa aku boleh menangis tengok movie ini dan dekat scene mana yang paling sedihkan?

via GIPHY

Tapi korang jangan risau, article ini tidak akan cerita tentang apa yang terjadi dekat Avengers: Endgame tapi aku nak cerita tentang kematian superhero yang paling sedih yang pernah aku baca dalam komik dan juga yang pernah ditayangkan di moviemovie superhero terkenal. Korang jangan lupa prepare tisu dulu sebelum baca.

ROSCHACH

Roschach merupakan watak yang paling aku suka dalam movie Watchmen. Walaupun dia tak macam superhero lain, tapi watak dia memang sangat ngam dengan cerita Watchmen. Kematian Roschach ini telah mengejutkan kesemua peminat-peminat komik Watchmen bila komik ini dikeluarkan.

Walaupun semua orang tahu yang masa itu, komik ini merupakan isu terakhir yang akan dikeluarkan tapi boleh dikatakan semua orang tak boleh terima bila watak Roschach telah dibunuh oleh Dr. Manhattan sendiri!

SPIDER-MAN

Selain scene SpiderMan bertukar menjadi debu masa movie Avengers: Infinity War, peminat-peminat watak SpiderMan telah pun melihat watak kegemaran dorang ini mati sebanyak dua kali didalam dua komik yang berbeza pada tahun yang sama!

Didalam komik Ultimate SpiderMan isu 160, SpiderMan telah terkena tembakan peluru yang sebenarnya telah di aim kepada Captain America. Dalam keadaan cedera, dia melarikan diri ke rumah Aunt May namun nasib dia tak begitu baik apabila Electro, Sandman, Vulture, Kraven The Hunter & Green Goblin sedang menunggu dia dihadapan rumah. Ketika sedang melindungi Aunt May dan Mary Jane, satu letupan besar telah berlaku menyebabkan SpiderMan cedera parah dan mati.

WOLVERINE

Kalau korang tak tengok lagi movie Logan, memang korang rugi sebab movie ini merupakan movie terakhir untuk perjalanan watak Wolverine yang dilakonkan oleh Hugh Jackman. Dalam movie ini korang akan dapat melihat bertapa struggle-nya Wolverine bila healing power dia mula menghilang sikit demi sedikit.

Dalam movie ini juga, terdapat satu kematian yang menyedihkan iaitu kematian Professor X. Professor yang semakin tua dan nyanyuk telah dibunuh oleh clone Wolverine manakala Wolverine yang asal telah mati semasa sedang menyelamatkan kanak-kanak mutant daripada ditangkap oleh Dr. Rice. Scene masa Logan mati ini memang buat air mata aku menitik bro!

JASON TODD @ ROBIN

Jason Todd merupakan orang kedua yang membawa watak superhero Robin dan sidekick kepada Batman. Kematian Jason Todd boleh dikatakan antara kematian yang paling brutal yang pernah dihasilkan oleh DC Comics.

Didalam komik Batman: A Death in the Family isu 427, Joker telah menangkap Jason Todd dan telah menyiksa Jason dengan sangat kejam. Dia telah dipukul berkali-kali menggunakan crowbar. Ketika Batman semakin dekat dengan tempat Jason Todd didera, Joker telah meletupkan tempat tersebut dan mengakibatkan kematian Jason Todd.

PROFESSOR X

Sebelum kematian Professor X didalam movie Logan, peminat-peminat X-Men telah melihat kematian Professor X dahulu didalam komik Avengers vs X-Men isu 11. Didalam Komik ini, Professor Charles Xavier telah dibunuh oleh anak didiknya sendiri iaitu Cyclops!

Cyclops telah menjadi gila apabila dia telah dihasut oleh Phoenix Force untuk membunuh dan menghapuskan X-Men. Pada mulanya Professor X cuba untuk memujuk Cyclops namun gagal. Professor X mengambil keputusan untuk berlawan dengan Cyclops namun telah terkorban disebabkan gabungan kuasa antara Phoenix dan juga Cyclops.

KATALAKI: Pergi tengok Avengers: Endgame cepat woi!

Last modified: 29 April 2019