Kena Tumbuk Kat Tekak, Suara Tyson Fury Terus Bertukar

Aktif

Terkenal dengan gelaran The Gypsy King, Tyson Fury merupakan penyandang gelaran juara dunia heavyweight World Boxing Council (WBC) selepas menewaskan pencabar, Deontay Wilder dalam satu perlawanan tinju yang berlangsung pada 23 Februari 2020. Setakat ni, Tyson Fury dah pernah merasa menyandang gelaran juara dunia heavyweight World Boxing Association (WBA), International Boxing Federation (IBF), World Boxing Organization (WBO), International Boxing Organization (IBO) dan yang terbaru, juara dunia heavyweight WBC.

Sepanjang karier Tyson Fury dalam gelanggang tinju sehingga berjaya bergelar juara dunia heavyweight WBC, macam-macam kejadian aneh yang pernah berlaku termasuk lah melibatkan suara Tyson Fury sendiri yang berubah daripada suara yang lembut dan halus, bertukar menjadi lebih garau, kasar dan serak. Semuanya berpunca daripada tumbukan yang diterima oleh Tyson Fury di bahagian tekak semasa sesi sparring bersama Ty Mitchell pada tahun 2015. Dalam video kat bawah ni korang boleh tengok perbezaan suara Tyson Furry sebelum mengalami kecederaan di bahagian tekak akibat ditumbuk oleh Ty Mitchell.

Kali pertama Tyson Fury menjejakkan kaki ke dalam gelanggang tinju secara profesional berlaku pada tahun 2008 ketika berumur 20 tahun, menewaskan peninju dari Hungary, Bela Gyongyosi dengan keputusan TKO di pusingan pertama. Meneruskan rentak 6 kemenangan berturut-turut, Tyson Fury akhirnya berjaya menyandang gelaran juara buat kali pertama, English Heavyweight Champion pada tahun 2009 menewaskan John McDermott. Selepas bertahun-tahun mencipta nama dan membelasah setiap lawan di dalam gelanggang, Tyson Fury seterusnya dengan berani mencabar Wladimir Klitschko untuk bertemu dalam satu perlawanan tinju pada tahun 2015, bagi merebut gelaran juara dunia heavyweight WBA, IBF, WBO dan IBO yang disandang oleh Wladimir Klitschko. Perlawanan tersebut berlangsung selama 12 pusingan, kemenangan berpihak kepada Tyson Fury menerusi keputusan unanimous decision, menjadikan Tyson Fury sebagai penyandang baru gelaran juara dunia heavyweight WBA, IBF, WBO dan IBO.

Walau bagaimanapun, selepas hampir setahun memegang gelaran juara dunia, Tyson Fury terpaksa melepaskan semua kejuaraan dunia heavyweight yang dipegang, kejuaraan WBA, IBF, WBO dan IBO selepas terbabit dalam masalah kemurungan, dadah dan alkohol, menyebabkan keadaan mental dan fizikal Tyson Fury tidak dalam keadaan stabil untuk bertarung dalam gelanggang. Masa ni lah berat badan Tyson Fury naik melampau, mencecah sehingga 180 kg. Kemurungan yang dialami oleh Tyson Fury sangat teruk sehingga Tyson Fury pernah berniat untuk membunuh diri, diakui sendiri oleh Tyson Fury. Sepanjang tempoh zaman kejatuhan, Tyson Fury juga didakwa di mahkamah disebabkan masalah penggunaan dadah semasa masih aktif bertinju, menyebabkan lesen bertinju Tyson Fury juga digantung.

Pada tahun 2018, kes mahkamah Tyson Fury berjaya diselesaikan secara baik, dengan syarat Tyson Fury perlu menghantar ujian kesihatan selepas berjumpa dengan pakar psikologi, menyebabkan lesen bertinju Tyson Fury kembali aktif dan membolehkan Tyson Fury kembali bertarung di dalam gelanggang untuk memburu gelaran juara dunia yang pernah hilang. Selepas pulih daripada masalah dadah dan kemurungan, Tyson Fury sekali lagi mula membelasah semua lawan dalam setiap perlawanan, sehingga dipertemukan dengan Deontay Wilder pada 1 Disember 2020, yang memegang gelaran juara dunia heavyweight WBC. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri, Deontay Wilder kekal sebagai juara dunia heavyweight WBC.

Sebab tak puas hati dengan perlawanan pertama, Tyson Fury sekali bertarung dengan Deontay Wilder pada 22 February 2020, kali ni Deontey Wilder dibelasah teruk oleh Tyson Fury sehingga wakil daripada Deontey Wilder mencampak tuala ke dalam gelanggang, sebagai tanda mengaku kalah untuk mengelakkan kecederaan yang lebih teruk berlaku kepada Deontey Wilder. Tamat perlawanan, Tyson Fury dijulang sebagai juara dunia heavyweight WBC baru selepas berjaya menewaskan Deontey Wilder.

KATALAKI: Tyson Fury dan Deontey Wilder akan bertemu untuk kali ke-3 nanti. Mungkin di penghujung tahun 2020 atau awal tahun 2021.

Last modified: 24 August 2020