Kenali ‘Mindhunter’ Sebenar – John Douglas

Sembang, ZAP, ZeKool

Jika korang adalah peminat filem-filem atau TV series dalam kategori atau genre “Thriller” dan “Crime”. Maka semestinya korang tahu tentang salah satu siri TV series yang mendapat perhatian ramai para peminat di Netflix iaitu Mindhunter. Jika kami sebut nama Holden Ford dan Bill Tench, korang semesti sudah tahu tentang dua watak hebat ini yang terdapat dalam TV series tersebut yang sudah menjangkau sehingga season ke-2.

Tetapi tahukah korang bahawa siri TV Mindhunter yang bersiaran di Netflix tersebut sebenarnya adalah sebuah adapatasi daripada buku autobiografi hasil tulisan daripada John Douglas. Siapa John Douglas ni?

John Douglas merupakan perintis ataupun pioneer dalam cara mengenali penjenayah atau lebih dikenali sebagai criminal profiling. Buat yang tidak tahu tentang siri TV Mindhunter di Netflix. Siri TV tersebut yang kini terkenal di Netflix menjelaskan bagaimana watak ejen FBI Holden Ford membantu dalam siasatan pembunuhan dengan menyelami kotak fikirkan pembunuh-pembunuh yang kejam di dunia yang mempunyai kes-kes yang berprofil tinggi.

Menceritakan pula tentang watak sebenar disebalik cerita Mindhunter, John Douglas. Ketika di saat puncak karier beliau di unit FBI Behavioral Science (BSU). John Douglas bertemuduga dengan pembunuh-pembunuh yang kejam antaranya seperti Ted Bundy, Jeffrey Dahmer, dan BTK Killer. John Douglas juga berjaya membantu untuk menjejaki beberapa pemangsa di Amerika Syarikat dan pada masa yang sama menemurah mereka untuk memahami apa yang mereka fikirkan saat melakukan pembunuhan tersebut.

Ketika di awal pembabitan beliau, John Douglas menyertai tentera selama empat tahun sebelum ditawarkan untuk menyertai FBI pada tahun 1970 ketika beliau baru berusia 25 tahun. Pada tahun 1976, John Douglas ditukarkan kepada unit BSU yang berpusat di Quantico, Virginia Amerika Syarikat. Disini beliau mengajar kemahiran dalam psikologi jenayah kepada ejen FBI yang baharu. Ketika berada di Quantico juga, John Douglas merasakan ada suatu pengajaran yang penting tentang psikologi penjenayah yang harus di ajarkan kepada ejen-ejen FBI.

Untuk menambahkan lagi ilmu tentang cara mendalami perbuatan dan penyebab tentang kes-kes pembunuhan yang berprofil tinggi. John Douglas mula bertindak untuk bertemu dan mengenali dengan lebih rapat lagi dengan pembunuh-pembunuh ini. Menurut John Douglas dalam sebuah temuramah, beliau pada mulanya menjalankan cara profiling penjenayah untuk menambahkan lagi kredibiliti kepada ejen-ejen FBI.

Apabila berada didalam unit BSU, daripada situ John Douglas bertemu dengan Robert Ressler, seorang ejen FBI yang merupakan salah seorang ejen FBI dibawah jabatan unit BSU sejak ditubuhkan pada tahun 1972. Robert Ressler juga adalah orang yang bertanggungjawab dalam menciptakan istilah “serial killer”. Sama seperti John Douglas, Robert Ressler juga setuju dengan criminal profiling sebagai kaedah untuk menangkap penjenayah dan pembunuh.

Bermula daripada unit BSU juga dimana John Douglas dan Robert Ressler memulakan FBI’s Criminal Profiling Program. John Douglas dan Robert Ressler yakin dengan cara dan kaedah yang digunakan untuk mendalami minda pembunuh-pembunuh dengan mewawancara mereka dipenjara dapat menyelesaikan kes-kes pebunuhan.

Image via: https://www.facebook.com/necronomipod/

LEGASI JOHN DOUGLAS

Sejak bersara daripada FBI pada tahun 1996. Douglas masih lagi kekal sebagai tokoh utama dalam bidang criminal profiling. John Douglas tetap teruskan kerjayanya dengan memberi ceramah di acara-acara psikologi dan seminar serta menjadi penulis bersama untuk beberapa buku psikologi antaranya buku popular Mindhunter dan The Killer Across The Table.

Beliau juga masih lagi menjadi perunding bebas untuk kes-kes utama, termasuk kes pembunuhan yang berlaku pada tahun 1996 yang melibatkan JonBenet Ramsey; seorang ratu cantik kanak-kanak, kes tersebut masih lagi belum diselesaikan.

Disebabkan cara dan kaedah yang diciptakan oleh John Douglas ini, ianya membuatkan beliau sebagai salah satu inspirasi untuk budaya pop terutamanya dengan peningkatan populariti genre jenayah sebenar serta jenayah fiksyen.

Antaranya selain watak Holden Ford didalam siri Mindhunter, watak ejen FBI; Jason Gideon di dalam siri TV; Criminal Minds telah disahkan berdasarkan daripada John Douglas. John Douglas sendiri percaya yang beliau merupakan sumber inpirasi untuk Jack Crowford yang merupakan watak protagonis dalam filem The Silence of The Lamds dan Hannibal. Namun John Douglas mengkritik tentang filem dan siri TV yang mengambarkan watak-watak pembunuh yang digambarkan didalam filem dan siri TV genre jenayah sebagai begitu jahat dan tidak benar wujud sama sekali.

KATALAKI: Fuh memang style gila bila Holden Ford lepak dengan pembunuh bersiri ni…

Last modified: 2 March 2020