Kenapa AC Milan & Inter Milan Kongsi Stadium Yang Sama?

Aktif, Bola, ZAP, ZeKool

Ada stadium sendiri atau tak bukan penentu sama ada sesebuah pasukan bola sepak tu dikira pasukan yang berjaya atau pun gagal. Ada gak pasukan bola sepak ternama dunia yang bukan je takde stadium sendiri, tapi siap berkongsi dengan pasukan lain.

Giuseppe Meazza Stadium atau lebih dikenali sebagai San Siro, merupakan stadium rasmi untuk dua pasukan gergasi Eropah yang berpusat di Milan, Itali iaitu AC Milan dan Inter Milan. San Siro juga merupakan stadium terbesar yang pernah dibina di Itali.

Siapa Yang Guna Dulu?

AC Milan mula ditubuhkan pada tahun 1899. Masa ni San Siro pun takde lagi. Selepas 9 tahun AC Milan ditubuhkan, sebuah lagi pasukan bola sepak ditubuhkan di bandar Milan selepas berlakunya percanggahan pendapat mengenai masa depan AC Milan dan tertubuhnya Inter Milan pada tahun 1908.

Presiden kedua AC Milan, Piero Pirelli merupakan individu penting yang membina San Siro untuk menjadikan San Siro sebagai stadium yang dimiliki oleh AC Milan. Piero Pirelli juga merupakan anak kepada pengasas syarikat tayar terbesar di dunia, Pirelli.

Selama setahun San Siro dibina, perlawanan bola sepak pertama yang diadakan di San Siro adalah perlawanan antara AC Milan dan Inter Milan pada tahun 1926. Malang sekali sebagai pemilik stadium, AC Milan kalah kepada Inter Milan dalam perlawanan tersebut. Masa ni, Inter Milan menggunakan Arena Gianni Brera sebagai stadium rasmi.

Pada tahun 1935, AC Milan menjual San Siro kepada City Council of Milan dan pada tahun 1947, Inter Milan secara rasmi menggunakan San Siro sebagai stadium rasmi, berkongsi dengan AC Milan sehingga kini.

Dah banyak dah sejarah yang pernah tercipta kat San Siro selain daripada sejarah yang pernah dicipta oleh AC Milan dan Inter Milan. San Siro pernah menganjurkan 3 perlawanan Piala Dunia FIFA 1934, 3 perlawanan UEFA EURO 1980 dan 6 perlawanan Piala Dunia FIFA 1990. Bob Marley pun pernah gak buat konsert kat San Siro pada tahun 1980.

San Siro juga pernah menjadi saksi kepada kejayaan Bayern Munich menjulang piala UEFA Champions League pada tahun 2001 dan Real Madrid pada tahun 2016.

Selain daripada AC Milan dan Inter Milan yang berkongsi stadium rasmi, ada lagi pasukan yang lain juga berkongsi stadium, takde stadium sendiri antaranya Lazio dan AS Roma di Stadio Olimpico, Birmingham City dan Coventry City di St Andrew’s Stadium dan Genoa dan Sampdoria di Stadio Luigi Ferraris.

KATALAKI: Kalau korang nak tahu pasal presiden baru Inter Milan yang merupakan presiden paling muda dalam sejarah, boleh tengok kat sini.

Last modified: 4 March 2020