Kenapa Ada Orang Percaya Dengan Horoscopes?

Sembang

Aku rasa korang mesti ada kawan-kawan yang percaya dan berpandukan hidup dorang dengan horoscopes betul tak? Aku memang tak percaya dengan benda-benda macam ini tapi aku tertanya-tanya juga macam mana dorang boleh percaya benda macam ini dan dari bila orang mula percaya.

Ada yang kata kepercayaan terhadap horoscopes ini ada kena mengena dengan Barnum Effect. Tapi apa benda Barnum Effect ini? Kalau korang nak tahu Barnum Effect ini telah dicipta oleh oleh seorang psychologist, Paul Meehl pada tahun 1956.

Dia menyatakan yang Barnum Effect ini merupakan satu psychological phenomenon harian yang mana sesetengah orang percaya dengan nasihat yang berkenaan dengan supernatural. Mereka percaya nasihat ini adalah khas untuk dorang sendiri sahaja tapi sebenarnya infomasi yang tertulis dalam horoscopes boleh di apply pada semua orang.

Contohnya, bila dorang buka bacaan horoscopes dan dekat situ tertulis yang orang yang ber-horoscopes Gemini contohnya akan mendapat rezeki terpijak hari ini. Dorang ingat bacaan tersebut hanya untuk dia seorang sahaja tapi sebenarnya informasi tersebut mungkin akan kena pada orang lain yang juga ber-horoscope Gemini.

Kita sebagai orang biasa sememangnya sedikit sebanyak akan percaya benda-benda ramalan seperti horoscopes ini lagi-lagi bila ramalan tersebut adalah sesuatu yang kita mahukan. Jadi bila bacaan horoscopes itu kena dengan kita, kita akan mula meletakan dan berpandukan hidup kita dengan bacaan-bacaan horoscopes ini tadi.

Sejak dari zaman batu lagi, manusia telah percaya dengan astrology. Untuk mengkaji tentang astrology ini, kita kena patah balik ke 4,000 tahun kebelakang iaitu pada zaman Babylonian. Pada zaman ini, 12 zodiac utama mula diperkenalkan.

Selepas itu orang Egypt pula mengambil system zodiak ini dan kemudiannya giliran orang Greek pula untuk mengubah system zodiac ini seperti mana yang kita nampak sekarang di surat-surat khabar pada bahagian horoscopes.

Beribu website telah dicipta khas untuk menilik nasib dan berdasarkan kajian, hampir 58% orang Amerika Syarikat berumur antara 18 sehingga 24 tahun yang percaya astrology adalah tepat dan boleh dipercayai.

Sebab itu zaman sekarang korang boleh nampak orang yang percaya dengan astrology lebih tinggi daripada orang yang tak percaya. Dorang dapat menjadikan bacaan horoscope ini sebagai alasan atas benda-benda yang dorang lakukan.

Contohnya seperti dia ada perangai suka datang lambat jadi dia akan cakap disebabkan dia punya zodiac adalah Aquarius so orang yang ber-zodiac Aquarius ini memang selalu lambat dan benda itu tak boleh dielakkan. Aku nampak perangai ini tak ubah seperti perangai sesetengah orang “UK” yang bila orang tegur dia suka cakap kasar lepas itu dia akan cakap “aku orang “UK”, orang “UK” memang cakap kasar”.

Aku tak kisah sebenarnya kalau ada membermember yang percaya tentang bacaan horoscopes sebab bagi aku itu adalah hak dia nak percaya apa yang dia rasa betul tapi aku cuma kurang gemar jenis manusia yang jadikan alasan dia berperangai tak semegah disebabkan dia punya zodiac adalah sekian-sekian!

KATALAKI: Macam aku cakap, terserah kepada korang nak percaya tentang horoscopes atau tidak. Itu hak masing-masing.

Last modified: 25 July 2019