Kenapa Ahmad Dhani Tak Jadi Datang Malaysia?!!

Sembang

Kecoh laaaa! Lagi berapa hari je lagi ni kita nak layan konsert Dewa 19 Reunion Featuring Ari Lasso & Once Mekel kat Stadium Malawati, Shah Alam. Dan dan tu la kita dapat berita yang Majlis Hakim Mahkamah Negeri Jakarta Selatan jatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Ahmad Dhani disebabkan Ahmad Dhani pernah tweet kat Twitter yang ada unsur-unsur hasutan.

Tapi baladewa-baladewa sekalian jangan la murung lak. Walaupun Ahmad Dhani takde masa konsert nanti, tapi konsert Dewa 19 Reunion pada 2 Februari nanti masih akan berjalan seperti biasa. Penganjur konsert pun dah keluar kenyataan yang konsert masih on!

Ari Lasso pun ada kongsikan juga kat Instagram pasal Ahmad Dhani yang dah dijatuhkan hukuman dan tak jadi datang ke Malaysia.

Tempat Ahmad Dhani nanti nampaknya akan digantikan oleh anaknya sendiri, Dul Jaelani yang pernah popular dengan lagu Aku Bukan Superman bersama The Lucky Laki. Korang ingat lagi tak? Masa tu Dul Jaelani kecik lagi.

Nak bagi korang bertambah sangap untuk turun ramai-ramai Stadium Malawati 2 Februari ni, kita layan video masa Dewa 19 tengah jamming untuk persediaan konsert nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Once Mekel (@oncemekelofficial) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dewa19 (@de19wa) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dewa19Reunion Live in Malaysia (@dewa19reunionmy) on

KATALAKI: Kempunan la nak tengok Dewa 19, Ahmad Dhani, Ari Lasso dan Once Mekel kat atas satu stage yang sama. Kat Malaysia lak tu. Aduhhhh.

Last modified: 30 January 2019