Kenapa Apps Ini Kena Banned Di India?

Sembang

Aku tak pasti korang tahu ataupun tidak tapi sekarang ini terdapat dua aplikasi popular telah di-banned di India. Aplikasi tersebut adalah PUBG Mobile dan yang terbaru adalah TikTok. Tapi apa yang dua aplikasi ini dah buat sampai kena banned dekat India?

PUBG Mobile telah di banned di India bermula dari 22 December 2018 selepas mendapat arahan daripada mahkamah tinggi Maharashtra. Arahan yang dipanggil Reg. Alliance On Ban of Game PUBG itu telah dikeluarkan selepas ibu bapa telah mengadu yang anak-anak dorang tidak menumpukan kepada pelajaran dorang selepas terlampau obsess bermain permainan video PUBG Mobile.

Terdapat lima bandar di India yang telah menguatkuasakan arahan ini. Lima bandar tersebut adalah Rajkot, Surat, Bhavnagar, Gujarat dan Gir Somnath. Sesiapa saja yang bermain permainan video PUBG di lima bandar tersebut akan dikenakan hukuman dibawah section 188 India Penal Code.

Mungkin korang rasa macam “alah dorang saja je tu nak takutkan orang-orang dia”, Well pada bulan lepas pihak polis di Gujarat telah menahan 10 pelajar sekolah ketika dorang tengah leka bermain PUBG Mobile. Pelajar-pelajar tersebut telah dibebaskan atas jaminan pihak polis.

Pada bulan ini pula, Satu lagi aplikasi popular telah di banned di India iaitu TikTok. TikTok merupakan satu aplikasi dari China yang memberi peluang kepada pengguna untuk upload video-video pendek dan kemudiannya boleh ditonton oleh semua orang di serata dunia.

Kementerian Elektronik dan Informasi Teknologi India telah mengarahkan Google dan Apple untuk block aplikasi tersebut daripada di download oleh pengguna di India selepas mendapat persetujuan daripada mahkamah tinggi Madras.

TikTok dikatakan telah di banned di India kerana ibu bapa telah mengadu yang aplikasi tersebut mempunyai beberapa content yang tidak sesuai untuk dilihat oleh kanak-kanak bawah umur dan ini akan mendedahkan kanak-kanak di negara tersebut dengan contentcontent bercorak pornographic.

KATALAKI: Malaysia itu hari pun ada ura-ura nak banned PUBG Mobile, harap-harap tak jadilah huhuhu

Last modified: 21 April 2019