Kenapa Boot Dr Martens Digilai Ramai?

Collab, Sembang, SuperDeals, ZAP, ZeKool

Kebanyakkan syarikat-syarikat jenama terkenal di United Kingdom bermula dan mengembangkan reputasi mereka di pasaran dengan berkhidmat kepada para elit British. Antara jenama yang merangkumi terma atau budaya working-class di Britain tentunya jenama Dr. Martens yang menjadi sinonim dengan kelas tersebut.

Boot yang direka dan dibuat oleh jenama Dr. Martens sudah menjadi kebiasaan di Britain sehingga ianya bukan sahaja menjadi simbol kepada working-class, malah ianya berkembang menjadi menyeluruh di pakai oleh rock star sehingga di tampilkan di atas pentas runway.  

Walaupun ianya dikenali sebagai simbol subculture dan budaya fesyen daripada Grunge mahupun Punk, Skinhead ataupun ianya adalah boot pilihan sebagai workwear, namun ternyata boot hasil rekaan Dr. Martens ini boot yang direka untuk rakyat tanpa mengira budaya ataupun mana-mana kelas. Harini kita nak bincangkan tentang latar belakang ciptaan boot Dr. Martens.

BOOT PATAH KAKI

Ada yang memanggilnya sebagai DMs, Doc atau di Malaysia ada yang mengelarkannya sebagai boot DokMart. Sejarah kasut Dr. Martens bermula seawal tahun 1901 di Northamptonshire, England. Pada ketika itu, syarikat Dr. Martens pada asalnya dikenali sebagai Griggs, dan kasut yang telah menjadi ikonik Dr. Martens hanya wujud 50 tahun selepas itu.

Dengan beberapa jenama boot dan footware yang telah terwujud di Britain, namun kisah boot Dr. Martens ini takkan terjadi tanpa tragedi sejarah perang dunia yang mengubah sejarah syarikat Griggs. Pada tahun 1945, seorang tentera berusia 25 tahun bernama Dr. Klaus Maertens selepas perang di Munich. Ketika sedang memulih daripada patah kaki, Klaus telah membuat satu-satunya kusyen udara kasut boot untuk beliau pakai berbanding dengan kulit keras tradisional. Berbekal dengan prototaip dengan kusyen kasut yang diciptakan untuk boot tersebut dan dibantu oleh rakannya Dr. Herbert Funk, Klaus meneruskan membuat kasut boot yang dijual kepada wanita berusia.

Selepas kasut boot dengan kusyen udara yang dicipta oleh Klaus dan Herbert mendapat perhatian ramai oleh kerana reka bentuk boot tersebut yang unik. Populariti kasut boot tersebut tersebar hingga ke England dan diketahui oleh syarikat Griggs dimana mereka telah mendapat lesen penjualan pada lewat 50an untuk kolaborasi diantara Griggs dan Maertens untuk mengeluarkan kasut boot Dr. Martens 1460 yang telah menjadi kasut boot flagship buat Dr. Martens sejak itu. Mengunakan reka bentuk lapan kelopak asal yang di reka oleh Maerten dengan penambahan utama yang menjadi ikonik sehingga harini seperti jahitan kuning, gelung tumit dan kelebihan two tone sole edge.

Model 1460 Dr. Martens hanya dibuat di UK sehingga tahun 2003, walaupun 1 peratus daripada boot model 1460 Dr. Martens masih lagi diperbuat di United Kingdom. Boot-boot ini diperbuat di kilang Cobbs Lane dan dilengkapkan dengan label MIE yang bermaksud “Made In England”. Populariti boot Dr. Martens mula di era yang penuh dengan perubahan sosial dan ianya terus menerus menjadi simbol kultur. Populariti boot ini dikalangan working class yang dijual pada harga mampu milik £2 sepasang kepada pekerja buruh British.

Pada tahun 70an, Dr. Martens benar menguasai budaya Inggeris. Boot Dr. Martens ini juga terpecah ke pelbagai jenis genre muzik seperti Glam, Punk, Two-Tone Ska sehingga ke genre Goth. Walaupun berlainan genre, boot Dr. Martens tetap menjadi pilihan ramai peminat muzik ini.

Terdapat beberapa band daripada pelbagai jenis muzik yang menerapkan boot Dr. Martens sebagai salah satu imej buat menampilan mereka. Namun, band genre Punk The Sex Pistols dan The Clash yang merangkul dan menjadikan boot Dr. Martens sebagai salah satu nilai accessories dan sebahagian imej mereka. Buat para peminat genre tersebut, boot Dr. Martens ini juga menjadi sebahagian penting dalam penampilan imej Punk selain jaket kulit, bondage pants. Boot ini adalah hiasan yang melengkapkan seragam Punk Rock.

Pada tahun 1984, populariti boot Dr. Martens melanda Amerika Syarikat dimana pada tahun itu ianya mula dijual di kedai-kedai Amerika Syarikat. Disebabkan ini juga menjadi punca pengaruh boot Dr. Martens di dalam scene muzik Grunge awal 90an. Eddie Vedder daripada band Pearl Jam memakainya ketika mengadakan sebuah persembahan.

Ini satu lagi kami nak kongsi, dah alang-alang cerita pasal genre muzik. Buat peminat-peminat muzik yang sedang mencari bluetooth speaker yang mudah untuk di bawa kemana-mana. Kami nak cadangkan korang ambik je EDIFIER MP80 High Quality IP54 Dust and Splash Proof Portable Bluetooth Speaker (Black). Yang kami cadangkan ni bulang kaleng-kaleng tau sebab korang boleh beli speaker bluetooth ni dengan harga serendah RM69, kalau korang nak tahu lebih lanjut macam mana cara pembeliannya, korang boleh usha dekat laman web rasmi SuperDeals.com.my, klik je kat SINI.

KATALAKI: Tipu la kalau tak rasa nak beli DokMart lepas baca ni?

Last modified: 27 April 2020