Kenapa Burung Kakak Tua Boleh Bercakap

Sembang, ZAP, ZeKool

Terdapat kajian yang mengesahkan bahawa monyet secara fizikalnya mampu bercakap seperti manusia, tapi tidak mampu berbuat demikian disebabkan otak monyet yang tak boleh nak proses percakapan. Bayangkan kalau monyet boleh bercakap dengan kita mesti monyet dah dijadikan haiwan peliharaan di rumah. Monyet dan manusia merupakan dua makhluk yang mempunyai struktur vokal yang sama. Tapi yang boleh bercakap selain manusia adalah burung kakak tua. Memang burung kakak tua dikenali sebagai haiwan yang mampu meniru suara manusia. Tapi apakah sebabnya? Struktur vokal burung tak sama dengan kita. Burung tak ada bibir, tak ada gigi, dan hidung pun lain dengan kita. Tapi diorang mampu untuk menghasilkan bunyi vokal yang sama dengan manusia.

 

View this post on Instagram

 

A short & sweet message from ME to YOU! 🥰🥰🥰 #TeamTwinkie #CeleBIRDY #PamperedParrot

A post shared by TWINKIE (@twinkietheparrot) on

Sebenarnya burung juga mempunyai kotak suara tersendiri yang dikenali sebagai syrinx. Burung kakak tua juga mempunyai dua kotak suara yang tersendiri.

Pertama sekali, kita ketepikan dulu frasa ‘otak burung kecil’. Burung kakak tua atau burung nuri boleh dikategorikan sebagai haiwan yang pintar. Kalau di dalam hutan, diorang dikenali sebagai burung yang mampu membuat lagu atau bunyi unik dan dijadikan sebagai trademark diorang. Kalau member diorang dengar je bunyi tu, dah tahu dah daripada siapa. Para penyelidik juga mendapati bahawa sekumpulan burung nuri sebenarnya bercakap sesama mereka, dan mengikut analisis otak mereka menunjukkan yang burung nuri belajar bercakap sama dengan cara kita belajar bercakap.

Burung juga merupakan haiwan yang mempunyai vokal yang kuat. Kotak suara diorang mampu menghasilkan dua bunyi dalam satu masa dan juga mampu menyanyi dalam tempoh yang lama. Disebabkan kotak suara diorang yang unik, bukan setakat suara manusia je yang diorang boleh tiru, tapi suara haiwan lain seperti katak dan cengkerik pun boleh. Nak lagi best, bunyi kamera pun burung ni boleh tiru.

BURUNG KAKAK TUA FAHAM KE BAHASA MANUSIA

Seperti yang aku cakap tadi, burung nuri merupakan antara haiwan yang bijak. Dia mungkin tak faham setiap perkataan yang dituturkan, tapi pemahaman diorang terhadap perkataan adalah melalui konteks. Sebagai contoh, seorang penyelidik menjelaskan mengapa burung nuri akan cakap ‘how are you?’ masa kita masuk bilik adalah sebab kita selalu cakap perkataan tu setiap kali kita masuk bilik. Burung nuri belajar untuk menghubungkan frasa tersebut dengan situasi di mana kita masuk ke bilik.

Kalau kita ajar burung nuri untuk cakap ‘makan’ setiap kali tiba waktu makan, jadi dia pun akan associate perkataan makan dengan makanan. Mungkin kalau dia lapar dia akan sebut perkataan ‘makan’. Secara tak langsung kita dapat berkomunikasi dengan burung nuri. Burung nuri memang dikenali sebagai haiwan yang sosial. Mereka merasakan perlu untuk berkomunikasi dengan makhluk sekeliling supaya boleh fit in. Sebab tu kalau diorang dibela, diorang akan imitate apa yang tuan dia cakap, sekadar untuk berkomunikasi. Kalau bosan dengan kucing, cuba korang bela burung nuri pula. Boleh ajak borak hal cinta.

Terdapat seekor burung kakak tua African Grey bernama Alex. Burung ini dilatih untuk memahami dan menggunakan bahasa manusia. Sepanjang hayatnya, Alex mampu mengenali 50 objek, tujuh warna, dan enam bentuk. Alex juga boleh mengira sampai nombor lapan. Kucing korang boleh?

KATALAKI: Cuba ajar burung tu perkataan hantu. Mana tahu tiap kali dia nampak hantu boleh bagitahu dekat kita..

Last modified: 24 April 2020