Kenapa Dunia Perlu Takut Dengan Ketenteraan Korea Utara?

Sembang

Melihat kepada gelagat Supreme Leader Kim Jong-un, pasti ramai yang merasakan tiada apa yang perlu ditakutkan dengan negara Korea Utara ini. Tapi sebenarnya kekuatan ketenteraan Korea Utara ini boleh dikatakan agak menakutkan dan lebih hebat daripada Amerika Syarikat sendiri. Jadi hari ini aku nak share dengan korang, kenapa dunia perlu takut dengan keupayaan ketenteraan Korea Utara!

BILANGAN ASKAR

Korea Utara dikatakan mempunyai tentera seramai 1.5 juta sehingga 6 juta orang. Kesemua askar-askar ini telah dilatih sejak dari muda dan mereka semuanya bersedia untuk menghadapi apa-apa serangan dan juga melancarkan perang kepada negara-negara yang bermusuh dengan Korea Utara.

Orang lelaki di Korea Utara boleh dikatakan hampir kesemuanya mempunyai latihan ketenteraan kerana mereka telah diwajibkan untuk mempelajari dan mengikuti latihan dan kemahiran asas ketenteraan sejak dari kecil lagi. Jadi bila mana khidmat mereka diperlukan, mereka semua sememangnya telah bersedia untuk berjuang demi Supreme Leader mereka.

KAPAL SELAM

Seperti yang aku cakap tadi, kekuatan ketenteraan Korea Utara boleh dikatakan hampir sama kuat dengan Amerika Syarikat kerana mereka dikatakan mempunyai bilangan kapal selam perang yang hampir sama. Buat masa ini Amerika Syarikat dikatakan mempunyai kapal selam perang sebanyak 72 buah manakala Korea Utara pula mempunyai bilangan kapal selam yang sama.

Cuma yang membezakan kapal selam perang Amerika Syarikat dan Korea Utara adalah kapal selam Amerika Syarikat mempunyai keupayaan untuk membawa lebih banyak peluru berpandu. Ini semua kerana kapal selam perang yang dimiliki oleh Korea Utara dikatakan merupakan model lama dari era 1950an.

CYBER ATTACK

Walaupun Korea Utara dikatakan jauh dari ketamadunan manusia, mereka sebenarnya mempunyai unit perang siber yang agak kuat. Unit perang siber ini diberi nama Biro 121. Salah satu kes terbesar yang mereka pernah lakukan adalah dengan menggodam dan melakukan serangan siber kepada syarikat Sony pada tahun 2014 kerana Sony telah mengeluarkan satu movie yang menghina Supreme Leader mereka. Movie ini diberi nama The Interview.

Selain itu, mereka juga giat melakukan aktiviti menggodam bank-bank, berpuluh ribu komputer, organisasi kerajaan dan juga pejabat Presiden Korea Selatan. Selain mempunyai pangkalan di Korea Utara, Biro 121 ini juga mempunyai pangkalan di China.

CHEMICAL WEAPON

Setakat ini, dunia luar cuma tahu Korea Utara mempunyai senjata kimia mereka sendiri namun tidak dapat dipastikan jenis dan berapa banyak senjata kimia yang mereka ada. Ini membuatkan mereka lebih digeruni kerana andai kata mereka melakukan serangan kimia, tiada apa yang dapat dilakukan untuk menghalang serangan ini.

Image Via: https://www.nbcnews.com

Namun berdasarkan info-info yang diberikan oleh mereka yang pernah melarikan diri dari Korea Utara, mereka menyatakan Korea Utara mempunyai senjata kimia seperti klorin, fosgen dan gas mustard. Senjata-senjata ini pada mulanya digunakan ketika Perang Dunia Pertama dan telah diharamkan penggunaannya dalam peperangan!

KAMIKAZE

Selain mempunyai chemical weapon, Korea Utara juga dikatakan mempunyai tentera berani mati mereka sendiri ataupun kamikaze seperti yang pernah digunakan oleh tentera Jepun. Pada tahun 2013, dunia telah terkejut apabila melihat acara tahun pembarisan Korea Utara yang mana memperlihatkan beberapa orang tentera yang berkawat bersama-sama beg yang mempunyai simbol kuasa nuclear.

Ada yang menyatakan ini hanya permainan Supreme Leader Kim Jong-un untuk menakut-nakutkan orang ramai dan dia sebenarnya tidak mempunyai senjata nuclear namun disebabkan negara ini sangat pandai menyimpan rahsia, keberangkalian mereka mempunyai senjata nuclear dan pengebom berani mati adalah sangat-sangat tinggi!

KATALAKI: Kadang-kadang rasa kelakar tengok Kim Jong-un, kadang-kadang rasa takut pulak!

Last modified: 14 January 2020