Kenapa Gamer Perlu Ada Kerusi Gaming?

Gadget, Game, Tech, ZAP, ZeKool

Kalau korang merupakan salah seorang insan yang digelar kaki game, korang kena mengaku dengan kebenaran, kalau dah mula menghadap apa-apa jenis game sekali pun, korang akan terus bermain dalam tempoh lebih daripada sejam. Ada yang menggila main game sampai 7 hingga 8 jam, betul? Duduk di atas kerusi dalam tempoh yang terlalu lama boleh menyebabkan tahap kesihatan terjejas terutama sekali melibatkan tulang belakang. Ini lah sebab utama kenapa korang sangat memerlukan kerusi gaming.

Sebenarnya, kerusi gaming bukan lah sesuatu yang baru dalam hidup kita semua. Kalau korang bekerja di pejabat, kerusi yang disediakan oleh majikan korang untuk membolehkan korang menghadap beban kerja dalam tempoh yang lama juga mempunyai persamaan dengan kerusi gaming. Cuma, kerusi gaming memiliki kelebihan tersendiri memandangkan kerusi tersebut memang dicipta untuk bermain game dan lebih menonjol dengan rekaan yang lebih menyerlah.

Kalau korang memang selalu dan dah terbiasa main game dalam tempoh yang terlalu lama, korang disarankan untuk cari kerusi gaming yang betul-betul kukuh. Bergantung gak lah kepada berapa bajet yang korang dah asingkan untuk beli kerusi gaming, mengikut selera masing-masing. Selain daripada tu, korang kena tahu gak perbezaan setiap jenis kerusi gaming. Ada kerusi gaming yang sesuai untuk main game kat PC, ada kerusi yang hanya sesuai untuk main game menggunakan konsol PlayStation, Xbox atau Switch dan ada gak yang jenis hybrid, sesuai digunakan untuk main game kat PC dan konsol.

Cara nak pilih kerusi gaming yang tepat untuk diri-sendiri juga penting untuk membolehkan korang melindungi kesihatan tubuh badan korang daripada memberi kesan buruk dalam jangka masa yang panjang disebabkan terlalu lama menghadap game kegemaran korang. Ciri-ciri seperti ketinggian kerusi boleh diubah, keselesaan untuk korang bersandar semasa bermain game dan kebolehan untuk mengubah tempat letak tangan antara perkara yang korang patut ambil berat sebelum menyambar sebuah kerusi gaming yang diidam-idamkan. Kalau korang Google kat internet sejauh mana pun untuk mencari kerusi paling sempurna di dunia, korang takkan jumpa, melainkan kerusi gaming yang betul-betul sempurna untuk diri korang sendiri.

Kesesuaian kerusi gaming untuk setiap orang tak sama, bergantung kepada ketinggian, berat dan bentuk tubuh badan korang sendiri. Yang paling penting, korang mesti cuba dulu sepuas-puasnya sebelum memuktamadkan keputusan untuk beli kerusi gaming yang mana satu. Untuk memudahkan, korang Google dulu siap-siap kerusi gaming mana satu yang korang dah aim, lepas tu pergi cuba satu per satu. Tak kisah la apa jenis rupa bentuk kerusi gaming yang korang nak beli, yang penting kerusi gaming tersebut boleh memberikan keselesaan tahap maksimum kepada diri korang ketika beraksi di dalam dunia permainan video.

KATALAKI: Bila dah ada kerusi gaming, jangan bagi macam-macam alasan lagi bila kalah main game dengan member.

Last modified: 21 June 2020