Kenapa ‘Geisha’ Selalu Dikaitkan Dengan Pelacuran?

Sembang, ZAP

Mungkin ada di antara kita yang masih ingat ‘Geisha’ itu satu bentuk pekerjaan seperti pelacur di Jepun. Kalau orang-orang di barat pula, tiap kali berkunjung ke Jepun mesti mereka melihat Geisha ini sebagai sex worker kelas atasan. Ini adalah kekeliruan yang sering diterima oleh rakyat Jepun, terutamanya pemandu pelancong di sana. Sebenarnya untuk mengetahui samada Geisha ini termasuk dalam kategori kerja pelacuran atau pun tidak, kita kena lihat semula sejarah serta asal usul Geisha ini. Tak boleh suka-suka juga terus kata mereka yang bekerja sebagai Geisha adalah pelacur.

PERMULAAN PEKERJAAN ‘GEISHA’

Asal usul Geisha ini boleh dilihat kembali pada tahun 1200-an, dimana terdapat satu kumpulan seperti Geisha yang dipanggil Shirabyoshi. Walaupun mereka bukan Geisha, mereka tetap dilatih dan dididik dalam bidang kesenian. Hakikat sebenar, Shirabyoshi merupakan mereka yang bekerja sebagai pelacur. Pada tahun 1600-an pula, mereka mula berkembang menjadi Oiran yang berterusan sepanjang pemerintahan zaman Edo. 

Apa yang membezakan Geisha dan juga Oiran adalah cara mereka memakai obi (selempang), di mana Oiran mengenakan obi di bahagian hadapan supaya boleh diikat sendiri berkali-kali sepanjang malam. Faham-faham lah kenapa nak kena ikat sendiri berkali-kali sepanjang malam tu. Manakala Geisha pula mengikat obi mereka di bahagian belakang. Apa yang membuatkan mereka sering disamakan adalah pakaian yang seakan-akan sama.

Budaya Oiran pula membawa kepada permulaan Geisha. Kalau nak tahu, Geisha pertama bukan lah dari kaum wanita, tetapi dari kaum lelaki. Tetapi kaum lelaki hanya berada dalam bidang ini selama lebih kurang 20 tahun sebelum wanita mengambil peranan ini sepenuhnya. 

Peranan asal seorang Geisha adalah untuk membantu melayan tetamu, tetapi mereka tidak dibenarkan untuk melakukan sentuhan rapat dengan para tetamu. Hal ini kerana Oiran takut golongan Geisha akan curi pelanggan mereka. Jadi dekat sini kita dah boleh nampak mana satu yang merupakan pelacur, dan mana satu yang merupakan pelayan tetamu. 

Geisha pertama kali muncul di Jepun adalah pada tahun 1700-an. Pada ketika itu, golongan Oiran sedang berehat daripada pekerjaan mereka dan bertukar kepada Geisha pula untuk menghiburkan pelanggan dengan petunjukkan kesenian seperti bermain alat muzik. 

GEISHA BUKAN PELACUR

Jadi sekarang kalau ada yang tanya samada Geisha adalah pelacur ataupun tidak, jawapannya adalah tidak. Walaupun Geisha muncul dari dunia pelacuran, tetapi selama zaman pemerintahan Edo, mereka mengelaskan diri mereka sebagai penghibur dan pelayan tetamu sahaja. Mengikut sejarah, pada zaman Edo, pelacuran adalah dibenarkan dan diberikan lesen. Tetapi lesen ini hanya boleh dipegang oleh golongan Oiran sahaja, yang mana mereka adalah “sex worker” di situ. Golongan Geisha adalah dilarang sama sekali untuk memiliki lesen tersebut.

DARI MANA DATANGNYA SALAH FAHAM INI?

Jadi dari mana datangnya fahaman yang mengatakan bahawa Geisha itu pelacur? Hal ini boleh diimbas semula ketika zaman peperangan dunia dahulu. Selepas Perang Dunia Kedua, tentera bersekutu Jepun (Amerika Syarikat) ketika itu melanggan gadis-gadis yang berpakaian seperti Geisha. Apa yang mereka tidak tahu waktu itu adalah, tak semua gadis yang memakai pakaian merah dan mengenakan makeup putih adalah Geisha. Ada di antara mereka yang berpakaian seperti itu sebenarnya seorang pelacur atau Oiran. Jadi bila tentera-tentera ni pulang ke Amerika Syarikat, mereka pun menyebarkan berita tentang bagaimana mereka dapat melanggan ‘gadis geisha’ tetapi hakikat sebenarnya adalah yang melayani mereka untuk bukan sebenarnya Geisha.

KATALAKI: Sekarang baru lah faham pekerjaan sebenar Geisha ni dan dari mana ia bermula…

Last modified: 14 July 2020