Kenapa Kita Panggil Selipar Jepun?

Sembang, ZAP, ZeKool

Semestinya bila kita dari kecik lagi kita dah dibesarkan dengan perkataan-perkataan yang kita tak pernah terfikir dari mana asal usul perkataan tersebut dan kenapa kita panggilnya dengan perkataan sebegitu. Antaranya seperti Selipar Jepun atau most commonly known among Malaysian as selipar jamban.

Dari mana asal usul Selipar Jepun dan kenapa kita menggelarkannya sebagai Selipar Jepun? Adakah ianya berasal daripada negara matahari terbit? Apa kaitan negara tersebut dengan selipar yang kita biasanya pakai untuk memudahkan kita ke pasar atau kedai mamak dan sebagainya. Klepek klepek klepek itulah hasil bunyi yang kita akan selalu ingat yang sudah menjadi salah satu features bila kita memakai selipar Jepun. Hasil bunyi tersebut yang menentukan arah pergerakkan seseorang yang sedang menuju ke pasar, masjid atau pun ke kedai di belakang rumah. Jadi mari kita merungkai nama di sebalik Selipar Jepun.

ASAL USUL SELIPAR JEPUN

Menurut sejarah, selipar Jepun atau dalam bahasa kelas atas menggelarkannya sebagai Flip-Flops adalah sejenis kasut sandal terbuka dan ianya sememangnya berasal dari negara Jepun. Kalau di negara tersebut, ianya digelarkan sebagai Zori dan ianya dipakai dengan pakaian Kimono dan stokin Tabi. Zori pula diperbuat daripada pelbagai jenis bahan antara bahan seperti gabus atau teras buih dan getah. Selipar versi Zori juga merupakan pakaian pantai di New Zealand yang popular pada sekitar tahun 1930.

Dikatakan selepas tamat perang dunia ke-2, pemakaian selipar Zori telah dipopularkan oleh tentera Amerika Syarikat setelah mereka pulang apabila tamat peperangan pasifik. Hampir satu dekad berlalu, perubahan untuk membuat selipar jenis Zori ini berkembang daripada hasil kain tenunan kepada bahan plastik.

Difahamkan juga seorang peniaga yang berbangsa Inggeris bernama Jown Cowie telah memulakan perniagaan plastik di Hong Kong dan pada akhir tahun 1940 Jown Cowie telah menghasilkan selipar atau Zori yang diperbuat daripada plastik.

Menurut sebuah lagi sejarah, mungkin negara Jepun telah dikaitkan dengan pengunaan selipar Jepun. Namun terdapat juga dimana origin  sandal benar-benar mendahului negara Jepun dengan beribu-ribu tahun. Kewujudan sandal telah digambarkan dalam mural purba Mesir dari zaman 4,000 SM dan menurut sebuah kajian Sandal purba tersebut diperbuat daripada papirus dan daun palma.

Walaubagaimana pun dari mana sekali asal usulnya. Sandal telah dikenali sebagai sepasang kasut yang menjadi salah satu pengaruh utama di Asia Tenggara berabad-abad lamanya dan tidak semestinya dipengaruhi oleh orang Jepun sahaja.

DISEBALIK NAMA SELIPAR JEPUN

Menurut keluarga John Cowie, ketika mereka berpindah ke New Zealand pada tahun 1950. Pada awal pembuatan selipar Zori, John Cowie telah meletakkan nama selipar tersebut sebagai “Jandal” yang merupakan perkataan singkatan untuk Japanese Sandal.

Perkataan Jandal telah dikenali di New Zealand yang merujuk kepada Sandal Jepun ataupun selipar Zori yang diperbuat daripada plastik. Perkataan Jandal tersebut juga telah digunapakai dan di komersialkan sebagai sebuah jenama oleh syarikat Skellerup dan syarikat tersebut mengeluarkan selipar Jandal pada tahun 1960.

Kalau di luar negara, Japenese Sandal ini dikenali sebagai nama lain. Misalnya di negara Australia, ianya dikenali sebagai Thongs, oleh kerana ianya dipopularkan oleh pasukan sukan Renang Olimpik Australia pada tahun 1956. Manakala, di England pula dan Amerika Syarikat pula ianya dikenali sebagai Flip-Flops. Disebabkan itu kalau di Malaysia, kita menggelarkan ia sebagai Selipar Jepun. Jadi makanya inilah sebab kenapa kita menggelarkan ia sebagai Selipar Jepun.

EMOJI SELIPAR JEPUN

Untuk tahun 2020 ini, Unicode Consortium yang merupakan syarikat NGO yang mengeluarkan emoji-emoji yang diguna pakai oleh kita semua di pelbagai peranti telah mengumumkan sebagai 117 karakter emoji terbaharu yang bakal dikeluarkan untuk edisi Emoji 13.0. Emoji-emoji terbaharu ini boleh digunakan dikatakan menjelang pertengahan tahun 2020. Mengambil pendekatan dengan merealisasikan Emoji-emoji yang sinonim dengan obsesi rakyat di negara Asia. Antara Emoji-emoji terbaharu yang bakal dikeluarkan adalah seperti Bubble Tea, lipas, lalat dan cacing. Dan tidak ketinggalan juga, Emoji yang dinantikan ramai iaitu Emoji selipar Jepun.

KATALAKI: Selalu standby selipar Jepun dalam keta incase anything happens (kot kot kasut kena ranjau kat masjid kan)

Last modified: 10 March 2020