Kenapa Kita Tak Suka Suara Sendiri Dalam Video

Sembang, ZAP, ZeKool

Pernah tak korang rakam video korang lepas tu bila dengar balik korang rasa macam buruk gila suara korang. Rasanya ramai je yang rasa macam ni termasuk lah aku. Memang rasa pelik bila suara dalam video atau audio yang kita rakam tak sama dengan suara yang kita dengar setiap hari ni. Suara nyanyi tu lain lah sebab nyanyian tu ada melodi yang merdu, unless korang nyanyi tak sedap macam aku. Jadi kenapa dan apa sebabnya suara yang kita record tu lain bunyinya dengan suara yang biasa kita dengar.

Fenomena ini sebenarnya dianggap normal dan digelar sebagai voice confrontation. Tapi kalau kita dengar suara orang lain tak ada pula kita rasa pelik. Cuma suara sendiri je yang kita rasa bunyi macam pelik. Satu explanation yang biasa dijumpai di media-media adalah kerana semasa kita bercakap, kita menerima bunyi yang keluar daripada mulut kita dan juga bunyi dari bahagian dalam melalui getaran pada tulang kita.

Bunyi yang bergerak dari bahagian dalam mempunyai frekuensi yang rendah, dan frekuensi ini tidak ada pada bunyi yang keluar daripada mulut kita. Oleh sebab itu, bila kita dengar suara yang kita rakam, suara kita kedengaran sedikit tinggi dan berbeza sebab tiadanya frekuensi yang rendah tadi. Hal ini berlainan dengan suara daripada orang lain kerana suara mereka bergerak daripada mulut direct ke telinga kita. Jadi frekuensi yang rendah tu tak diterima oleh pendengaran kita.

KITA RASA CRINGE DENGAN SUARA SENDIRI

Menurut pakar psikologi, suara kita memainkan peranan besar dalam membentuk identiti kita. Jadi ia menjadi salah satu punca kenapa kita akan cringe bila dengar balik rakaman suara kita. Biasa bunyi macam sedap je, tapi bila rakam macam bunyi kartun. Secara normalnya kita memang tak akan suka kalau sesuatu perkara tu tak seperti yang kita harapkan, dan suara yang biasa kita dengar adalah salah satu daripadanya.

Disebabkan suara kita tak sama dengan apa yang kita expect, so kita jadi tak suka nak dengar suara kita atau tengok video yang kita rakam. Tapi melainkan korang seorang Youtuber, mugkin korang dah biasa dengan suara korang dalam video. Hal ini juga akan membuatkan kita berfikir adakah ini suara yang orang selalu dengar bila kita bercakap. Kalau korang tak suka dengan suara rakaman korang, ia akan membuatkan korang overthinking dengan apa yang orang lain fikir tentang suara korang.

Tapi sebenarnya orang lain tak fikir sangat pun pasal suara kita sebab itu lah suara yang diorang dengar sejak pertama kali berjumpa. Sama lah macam pandangan korang terhadap suara kawan-kawan korang, sebab suara dalam video dengan suara sebenar diorang bunyi sama je.

BOLEH UBAH KE SUARA KITA?

Jawapannya mesti lah boleh. Kalau kita betul-betul tak suka suara kita, kita boleh berjumpa dengan ahli terapi suara yang terlatih. Ia berbeza dengan ahli terapi percakapan. Ahli terapi suara akan membantu korang meningkatkan irama nada korang dengan latihan tertentu. Ia seperti fisioterapi, tapi untuk suara. Kalau tak berjaya juga, ada pembedahan untuk ubah suara yang boleh dilakukan. Tapi rasanya lebih baik kita bersyukur dengan suara yang kita ada ni.

KATALAKI: Suara Tokti waktu bercakap pun merdu je macam menyanyi…

Last modified: 29 April 2020