Kenapa Kucing Suka Tidur Dengan Kita?

Sembang

Kucing merupakan haiwan domestik yang popular untuk dijadikan haiwan peliharaan. Samada di bandar atau di kampung, kucing menjadi penghuni wajib di kebanyakkan rumah. Kalau rumah kita ada kucing, kebiasaannya kita akan bermain-main dengan kucing tu sampai lah kita penat. Bila dah penat kita akan masuk ke bilik tidur. Lepas tu kita perasan kucing kita pun ikut sekali ke katil dan tidur bersama. Dalam hati kita rasa mungkin kucing kita tu sayang sangat dengan tuannya. Tapi apa sebab sebenar kucing suka tidur dengan kita?

Terdapat beberapa sebab yang boleh dirungkaikan. Antara sebab kucing gemar tidur bersama kita adalah kerana haba yang dihasilkan oleh badan kita. Kucing memang kebiasaannya suka lepak di tempat-tempat yang hangat supaya badan diaorang kekal panas. Disebabkan waktu malam tiada matahari atau tempat yang panas, maka kucing korang akan pergi dekat korang sebagai punca haba. Kalau kita tengok anak kucing baru lahir, dalam seminggu pertama tu memang banyak habiskan masa berdampingan dengan ibunya.

Selain itu, ia juga sebagai tanda kucing korang rasa selamat bila tidur bersama. Kucing memang rasa senang terdedah kepada bahasa semasa tidur. Sebab tu kucing-kucing dari kecil sampai ke besar akan cari tempat yang selamat untuk tidur. Dan ia juga sebagai tanda kucing tu sayang kepada tuannya. Kita akan rasa selamat bersama orang yang kita sayang kan?

 

View this post on Instagram

 

Babies

A post shared by Bujibu Chempel (@bujibuchempel) on

Walaupun kucing kadang-kadang sombong tak nak main dengan kita, tapi sebenarnya dia akan rindu bila dah lama tak nampak kita.

Lagi satu kenapa kucing suka tidur dengan kita adalah sebagai tanda dia dah mark kawasan dia. Kira macam abang long kawasan juga lah kucing ni. Kalau dia dah tandakan katil atau tilam korang tu, maksudnya tu dah jadi hak milik diaorang.

Tentu sekali sebab paling munasabah kucing tidur dengan kita di atas katil adalah kerana selesa. Kucing memerlukan lebih kurang 15 jam sehari untuk tidur. Waktu tidur kucing pula lebih banyak pada waktu siang, dan berjaga lebih pada waktu malam. Jadi sebab itu adanya istilah catnap yang merujuk kepada tidur sebentar di waktu siang. Kalau nak tidur lama-lama ni paling selesa adalah di atas katil. Anak kucing dengan kucing yang dah berusia memerlukan lebih dari 15 jam sehari untuk catnap.

 

View this post on Instagram

 

Quarantining with mommy ❤️ Any movie suggestions? Comment below ⬇️ #stayhome #quarantine

A post shared by Nala Cat ™ (@nala_cat) on

SELAMAT ATAU TIDAK TIDUR BERSAMA KUCING?

Ada yang merasakan tidur sekali dengan kucing boleh menganggu waktu tidur kita. Ia disebabkan kucing lebih aktif di waktu malam berbanding siang. Sekiranya kucing bergerak-gerak semasa waktu tidur untuk mendapatkan posisi yang selesa, kita berkemungkinan akan terjaga. Disebabkan hal ini, kita akan sukar untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan akan menjejaskan kesihatan kita.

Sekiranya kita mempunyai alahan terhadap bulu kucing, membiarkan kucing tidur bersama kita semalaman akan mengakibatkan alahan yang teruk. Selain itu, kaki kucing yang kotor selepas bermain di luar juga akan menjadi punca kuman-kuman berada di atas katil kita.

Kalau tidur korang terganggu ataupun mendapat alahan daripada kucing korang, lebih baik jangan biasakan kucing tu tidur sekali dekat atas katil. Sediakan satu tempat atau ruang khas tidur untuk kucing korang.

Tetapi bagi pencinta kucing, mungkin hal ini tidak menjadi masalah. Malahan ada yang merasakan kucing mampu menjadi sumber ketenangan sebelum melelapkan mata, dan menjadikan tidur mereka lebih nyenyak. Tidur bersama kucing juga merupakan cara terbaik untuk lebih rapat dengan kucing kesayangan mereka.

KATALAKI: Bukan kucing je suka tidur, dengan tuan tuan kucing pun suka tidur. aduyai.

Last modified: 27 May 2020