Kenapa Lampu Isyarat Warna Merah, Kuning & Hijau?

Sembang

Sama ada korang ingat lagi ke tak, sejak dari zaman kanak-kanak lagi kita dah diajar untuk bezakan apa makna setiap warna lampu isyarat. Sebelum kita pandai memandu kereta atau menunggang motosikal pun kita dah cukup kenal dengan lampu isyarat. Tapi, bila korang berhenti kat lampu isyarat masa memandu kereta atau menunggang motosikal, pernah tak korang terfikir kenapa warna merah, kuning dan hijau yang digunakan untuk lampu isyarat?

MERAH TANDA AMARAN

Selain daripada lampu isyarat, warna merah juga digunakan untuk semua simbol amaran untuk menunjukkan keadaan yang bahaya. Ini disebabkan warna merah mempunyai wavelength atau jarak gelombang cahaya yang lebih panjang berbanding warna-warna lain. Maknanya, kita boleh nampak warna merah dengan baik daripada jarak yang jauh berbanding warna-warna lain. Cuba korang try tengok benda berwarna merah yang paling jauh kat sekeliling korang sekarang ni. Boleh nampak?

Lampu isyarat warna merah sebagai tanda amaran dan tanda berhenti dalam pengangkutan dah bermula sejak zaman keretapi lagi sebenarnya, sebelum wujudnya kereta kat dunia ni.

HIJAU WUJUD SEBELUM KUNING

Masa lampu isyarat digunakan untuk kegunaan keretapi, sebelum wujudnya kereta, warna hijau digunakan untuk tanda berhati-hati dan warna putih untuk menandakan keretapi selamat untuk bergerak. Beberapa kemalangan keretapi yang pernah terjadi pada zaman dulu berpunca daripada pemandu keretapi yang keliru dengan warna hijau, putih dan cahaya bintang yang berwarna putih pada waktu malam.

Untuk mengelakkan pemandu keretapi keliru warna putih dan cahaya bintang yang juga berwarna putih, warna hijau digunakan untuk menandakan keretapi selamat untuk bergerak dan hanya warna merah dan hijau yang digunakan sebagai lampu isyarat untuk keretapi sebelum warna kuning mula digunakan.

Kuning Berhati-Hati

Sebelum wujudnya lampu isyarat kat jalan raya, warna kuning memang dah digunakan sebagai tanda berhati-hati sebab warna kuning lebih mudah dilihat pada waktu malam walaupun warna merah mempunyai wavelength yang lebih panjang daripada kuning. Sebab tu kalau korang perasan, papan tanda, bas sekolah, lintasan pejalan kaki, teksi dan banyak lagi tanda berhati-hati menggunakan warna kuning.

Image Via : says.com

KATALAKI: Fikir banyak kali sebelum korang nak langgar lampu merah. Silap-silap boleh menyebabkan kematian.

Last modified: 13 November 2019