Kenapa Makan Buah Lagi Bagus Daripada Minum Air Buah

Sembang

Dalam bulan Ramadan ni, air buah memang selalu jadi pilihan orang ramai untuk berbuka puasa sebab dapat hilangkan dahaga. Tu belum kira lagi kalau kita pergi Bazar Ramadan, berwarna-warni air buah yang dijual. Kadang-kadang boleh keliru jap, ada ke buah yang warna sebegitu rupa?

Image Via : dianaishak.com

Sama ada korang dah tahu ke belum, sebenarnya makan buah lebih baik, lebih bagus dan lebih berkhasiat daripada minum air buah. Walaupun secara kasar tak nampak pun perbezaannya sebab dua-dua kira buah gak kan. Ini sebabnya kenapa makan buah lagi bagus daripada minum air buah.

Kelebihan Kulit Buah

Image Via : mobsea.com

Kebanyakkan air buah yang dijual, buah tersebut mesti dipisahkan daripada kulit dan dihancurkan untuk dijadikan air buah atau jus. Kulit buah sebenarnya mempunyai banyak kelebihan dan nutrisi untuk badan kita. Tapi kalau dah dibuang untuk dijadikan jus, apa kelebihan dan nutrisi yang tinggal untuk kita?

Kelebihan Pulpa Buah

Image Via : annelivingston.com

Bila sebut Pulpa, korang pelik lak apa benda tu kan. Pulpa atau Pulp dalam Bahasa Inggeris, juga mempunyai nutrisi yang penting selain daripada kulit buah. Salah satu contoh buah yang ada banyak kelebihan Pulpa ialah buah Oren atau Limau. Dalam proses untuk buat jus Oren atau Limau, Pulpa akan diasingkan daripada jus yang dah sedia untuk diminum. Jus yang korang minum tu hanya lah gula daripada buah Oren tu je. Kebaikan dan nutrisi semuanya dah ditapis dan dibuang.

Image Via : morningchalkup.com

Tapi ni bukan bermakna korang jangan minum jus langsung. Kalau diberi pilihan sama ada minum jus buah atau makan buah, sebaiknya pilih untuk makan buah. Kalau antara jus buah dan minuman berkarbonat, pilih jus buah!

KATALAKI: Dalam banyak-banyak buah, buah apa paling sedap? Buah hati la broo.

Last modified: 21 May 2019