Kenapa Orang Takut Dengan No 13?

Sembang

Dalam kehidupan kita yang mempunyai banyak bangsa, kadang-kadang kita mesti akan jumpa atau terdengar beberapa mitos dan larangan yang pelik-pelik. Antaranya semasa aku kecil dulu aku selalu dengar yang masyarakat takut akan nombor 13.

Banyak moviemovie seram yang berpandukan nombor 13 antaranya Friday the 13th, Thirteen Ghosts dan banyak lagi. Yang buat aku tertanya-tanya adalah kenapa orang takut sangat dengan nombor 13 dan kenapa nombor 13 dikaitkan dengan benda-benda mistik?

Berdasarkan apa yang baca, theory tentang nombor 13 dikaitkan dengan benda-benda mistik dan nasib malang ini datangnya daripada beberapa kisah. Kisah pertama adalah yang tertulis di dalam Bible yang mana Judas Iscariot merupakan tetamu yang ke-13 hadir untuk Last Supper dan merupakan orang yang telah mengkhianati Jesus.

The Last Supper telah diadakan pada hari ke-13 bulan tersebut dan Jesus Crucifixion juga dilakukan pada hari Jumaat 13 haribulan. The Knight Templar, askar yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga The Holy Grail, cawan yang digunakan oleh Jesus telah dibunuh beramai-ramai atas arahan Pope Clement juga pada Friday the 13th.

Manakala kisah lain pula datangnya daripada Norse Lore yang mana dalah kisah tersebut menyatakan LokiGod of Mischief merupakan dewa yang ke-13 hadir semasa majlis makan bersama-sama dewa lain di Valhalla dan tahukah korang orang yang takut dengan nombor 13 dipanggil sebagai Triskaidekaphobia?

Nombor 13 juga dikaitkan dengan ahli sihir kerana The Coven of Witches yang mempunyai 13 ahli di dalamnya dan kalau korang mempunyai 13 huruf dalam nama korang, korang mungkin telah disumpah dengan nasib malang. Antara mereka yang mempunyai 13 huruf dalam nama dorang adalah pembunuh bersiri terkenal Jack the Ripper, Jeffrey Dahmer dan Charles Manson!

Nombor 13 juga bukan sahaja membawa nasib malang di bumi malah di angkasa lepas juga. Apollo 13, kapal angkasa ketujuh yang dilancarkan oleh Apollo Space Program untuk mendarat di bulan namun misi tersebut telah gagal apabila Oxygen Tank yang berada dalam kapal tersebut telah meletup. Angkasawan yang berada di dalam kapal tersebut bernasib baik dan dapat diselamatkan enam hari kemudian.

Kepercayaan terhadap nombor 13 membawa nasib malang ini ini banyak kita lihat berlaku di Amerika Syarikat tapi di negara lain nombor 13 mungkin dipercayai membawa tuah. Ada juga negara lain yang meletak nombor lain sebagai nombor yang membawa nasib malang contohnya seperti nombor 4 yang banyak dipercayai di negara-negara Asia.

Contohnya kita boleh lihat sendiri di Malaysia apabila nombor 4 sangat ditakuti oleh orang-orang berbangsa Cina kerana nombor 4 juga membawa maksud mati. Sebab itu kita dapat tengok kalau di rumah-rumah teres ataupun shopping mall mereka akan menukar nombor 4 kepada 3A.

Orang di Jepun pula takut dengan nombor 9 dan Itali pula mereka menyatakan nombor 17 merupakan nombor yang sangat malang. Jadi dekat sini kita boleh tengok yang setiap negara mempunyai kepercayaan nombor yang membawa nasib malang cumanya nombor-nombor tersebut adalah berbeza. Ketakutan dorang dengan nombor 13 biasanya disebabkan benda-benda buruk yang telah berlaku pada nombor 13 jadi disebabkan itu mereka merasakan nombor 13 adalah nombor yang membawa nasib malang!

KATALAKI: Dulu aku ada t-shirt Lucky Thirteen tapi dah hilang pegi mana ntah hahaha!

Last modified: 15 November 2019