Kenapa Pelumba MotoGP Ada Helmet Yang Istimewa?

Aktif, Motorsports

Selain daripada racing suit, topi keledar atau helmet merupakan alat keselamatan yang paling penting dalam sukan permotoran. Kalau korang layan MotoGP, mesti korang perasan pelumba MotoGP akan pakai helmet yang berlainan design, betul? Tapi pernah tak terfikir kenapa ada pelumba yang gunakan helmet dengan design yang lain, istimewa untuk satu litar lumba tu je? Contohnya, Marc Marquez ada tunjukkan helmet istimewa yang akan digunakan untuk GP Catalunya pada 15 & 16 Jun 2019 ni.

Image Via : Twitter

Kenapa Kena Ada Helmet Yang Special?

Bukan Marc Marquez je yang pernah buat helmet istimewa untuk satu litar lumba. Pelumba MotoGP yang lain ada gak. Salah satu sebab kenapa ada helmet istimewa ialah secara simboliknya pelumba MotoGP nak buat mini celebration untuk perlumbaan MotoGP di tanah air pelumba MotoGP tersebut. Marc Marquez dilahirkan dan dibesarkan kat Catalunya. Tu yang buat helmet istimewa semata-mata untuk perlumbaan MotoGP kat litar lumba Catalunya. Jorge Lorenzo pun akan pakai helmet istimewa gak sebab Jorge Lorenzo berasal dari Sepanyol.

Kalau Valentino Rossi yang lahir di Itali, dah tentu sekali akan pakai helmet istimewa kat litar lumba Mugello, Itali.

Hafiz Syahrin pun ada gak helmet istimewa kalau perlumbaan MotoGP singgah di Sepang, Malaysia. Tapi ni masa tahun 2018. Untuk tahun 2019, pada 3 November 2019 nanti baru kita boleh tahu macam mana helmet istimewa Hafizh Syahrin untuk perlumbaan di tanah air tercinta.

 

View this post on Instagram

 

Special thanks to @zaki_mdismail #Zakidesign For my special helmet #HomeGP #BO55KU Tangan anak melayu tetap pilihan saya! 🖤🔜🔛🔝🇲🇾

A post shared by Hafizh Syahrin Abdullah (@hafizh_syahrin) on

Tapi tak semestinya bila perlumbaan kat tanah air sendiri je pelumba MotoGP akan pakai helmet istimewa. Terpulang kepada pasukan dan pelumba MotoGP tu sendiri. Contohnya macam Dani Pedrosa yang berasal dari Sepanyol akan pakai helmet istimewa di perlumbaan MotoGP kat Jepun. Sebab Dani Pedrosa memang kesayangan orang Jepun dan Dani Pedrosa memang suka dengan negara Jepun. Untuk info, Dani Pedrosa tak pernah berlumba dengan jenama motor lain selain Honda sepanjang beraksi dalam MotoGP sampai la dah bersara.

 

View this post on Instagram

 

Happy to share my special Arai helmet for this weekend’s #JapaneseGP! #MotoGP #LittleSamurai #DP26

A post shared by Dani Pedrosa (@26_danipedrosa) on

KATALAKI: Korang kalau naik motor jangan malas pakai helmet lak. Helmet tu sangat penting kalau apa-apa jadi masa korang tengah layan corner dan mencilok. 

Last modified: 15 June 2019