Kenapa Penduduk Disini Digelar Zombies?

Sembang

Mathare, sebuah perkampungan setinggan di utara Nairobi, ibu kota Kenya. Mungkin ramai diantara korang yang tidak pernah dengar dan tahu akan kewujudan tempat ini. Jadi apa yang peliknya tentang tempat ini dan kenapa penduduk di Mathare digelar sebagai Zombies?

Image Via: Image Via: https://www.youtube.com

Seperti yang dilaporkan dalam video Fanpage.it, semua ini disebabkan hampir ke semua penduduk yang tinggal di Mathare merupakan penagih kepada bahan-bahan terlarang. Bila aku bercakap tentang semua penduduk, aku memang maksudkan dari kanak-kanak sehinggalah orang tua. Mereka semua telah ketagih dengan menghidu gam.

Macam pelik bukan? Mesti ramai diantara korang yang fikir dekat Malaysia sahaja kita akan jumpa manusia yang ketagih hidu gam tapi perbuatan ini lebih teruk sebenarnya di negara luar, lebih-lebih lagi di Mathare, Nairobi.

Kalau korang datang ke Mathare, korang akan nampak setiap orang disana akan mempunyai satu botol plastik dan terdapat cecair berwarna kuning pekat di dalamnya. Cecair tersebut sebenarnya adalah gam kasut, sama seperti gam kasut yang biasa kita nampak penagih-penagih di Malaysia gunakan.

Untuk pengetahuan korang, Mathare bukanlah satu bandar yang maju. Kadar jenayah yang terdapat disini amatlah tinggi lagi-lagi dengan penguatkuasa yang korup. Dibandar yang serba daif ini, jenayah seperti rompakan, pergaduhan, pelacuran dan juga rasuah berjalan berlaku seperti tiada apa.

Selain itu, ramai penduduk mereka yang tinggal dalam pondok yang usang dan juga ditepi-tepi jalan raya. Mostly penduduk mereka bekerja sebagai pengutip botol-botol plastik di tempat pembuangan sampah. Botol-botol plastik ini kemudiannya akan dijual dan duit yang mereka dapat tadi akan digunakan untuk membeli gam.

Pada hari esoknya mereka akan kembali ke tempat pembuangan sampah dengan botol plastik berisi gam ditangan mereka. Mereka akan menghidu gam ini sambil mencari botol-botol plastik lain untuk dijual bagi membeli gam untuk digunakan pada hari esoknya. Begitulah kitaran hidup hampir semua penduduk di Mathare.

Ada diantara mereka yang akan mengalami “Brain Blackout” yang mana akan mengakibatkan mereka pengsan dalam beberapa minit sebelum mereka sedar semula. Disebabkan itu, dikawasan-kawasan tempat pembuangan sampah ini, korang akan nampak banyak manusia yang terbaring di tengah panas terik seolah-olah sudah mati.

Di Mathare, terdapat hampir 60,000 kanak-kanak gelandangan yang juga merupakan penghidu gam. Untuk membeli gam ini bukan satu perkara yang susah, even kanak-kanak pun boleh membelinya dikedai-kedai membaiki kasut yang ada ditepi-tepi jalan.

Penjual-penjual ini pula tidak kisah walaupun mereka tahu kanak-kanak ini akan menggunakan gam kasut ini untuk dihidu kerana bagi mereka duit adalah lebih penting daripada segalanya. Tapi gam kasut bukanlah satu-satunya bahan terlarang yang mereka gunakan untuk ketagihan mereka.

Salah satunya adalah Jet Fuel. Korang tak salah baca. Selain daripada gam kasut, orang-orang di Mathare juga ketagih menghidu minyak yang digunakan pada kapal terbang. Ia mempunyai effect yang lebih tinggi berbanding dengan gam kasut.

Dan seperti gam kasut, Jet Fuel ini juga senang untuk didapati. Jet Fuel ini telah dicuri daripada lapangan terbang berhampiran dan kemudiannya dijual pada orang-orang di Mathare. Minyak ini akan dituangkan pada sehelai kain kecil dan kemudiannya akan dihidu oleh “zombiezombie” ini.

Bagi mereka, dengan menghidu barang-barang terlarang ini, ia mampu untuk melalaikan mereka dan mampu membuatkan mereka lupa tentang susahnya kehidupan mereka. Mereka juga menyatakan ia mampu membuatkan mereka lupa tentang perut mereka yang sedar lapar.

KATALAKI: Bila dah satu bandar jadi penagih, memang tak boleh buat apalah.

Last modified: 11 November 2019