Kenapa Penjaga Gol Mesti Kena Pakai Jersi Nombor 1??

Aktif, Bola, Feature

ϟ Trending

Pernah tak korang terfikir kenapa penjaga gol untuk pasukan bola sepak mesti pakai jersi nombor 1? Ada je penjaga gol yang tak pakai jersi nombor 1, tapi kita masih boleh tengok majoriti pemain bola sepak yang bermain di posisi penjaga gol mesti akan menyarung jersi nombor 1 sehingga kini. Korang rasa kenapa? Cuba korang fikir jap.

Takde pun dalam undang-undang bola sepak yang menyatakan penjaga gol wajib menggunakan jersi nombor 1. Tapi disebabkan tradisi bola sepak yang dah wujud sejak zaman dahulu, takde siapa yang berani mempertikaikan kalau penjaga gol guna jersi nombor 1. Cuba korang bayangkan kalau ada pemain bola sepak selain penjaga gol yang pakai jersi nombor 1, mesti ramai yang bash pemain tersebut perasan bagus sebab pakai jersi nombor 1.

 

View this post on Instagram

 

3️⃣1️⃣

A post shared by Ederson Moraes (@ederson93) on

Kalau secara logiknya, penjaga gol menggunakan jersi nombor 1 disebabkan susunan pemain yang bermula daripada angka 1 sehingga 11 untuk pemain utama dan nombor seterusnya untuk pemain simpanan dalam setiap perlawanan bola sepak. Susunan pemain akan bermula daripada penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang. Sebab tu la dah memang tradisi bola sepak, penjaga gol akan menggunakan jersi nombor 1.

 

View this post on Instagram

 

Together as a TEAM, always πŸ”΄ #mufc

A post shared by David De Gea (@d_degeaofficial) on

Kalau korang nampak ada penjaga gol yang menggunakan jersi bernombor selain daripada nombor 1, mesti ada sebab-sebab tertentu. Salah satu kisah menarik yang kami nak kongsikan kali ni adalah mengenai penjaga gol pasukan Wolverhampton Wanderers F.C. atau juga dikenali sebagai Wolves, yang tak nak menggunakan jersi nombor 1.

 

View this post on Instagram

 

πŸ™πŸ»πŸΊ

A post shared by Rui Patricio (@rpatricio1) on

Pada tahun 2018, penjaga gol utama pasukan kebangsaan Portugal, Rui Patricio bersetuju untuk berpindah ke pasukan Wolves yang baru je melonjak ke Premier League selepas kali terakhir beraksi di Premier League pada tahun 2012. Bila keluar berita mengenai penjaga gol yang berpengalaman akan menyertai Wolves, ramai yang dah menganggap Rui Patricio akan menggunakan jersi nombor 1.

Disebabkan rasa hormat kepada penjaga gol asal Wolves,Β Carl IkemeΒ yang dah bersama dengan Wolves sejak tahun 2003, Rui Patricio memilih untuk mengosongkan jersi nombor 1 dan menggunakan jersi nombor 11 sehingga kini. Kalau beraksi dengan pasukan kebangsaan baru lah Rui Patricio menggunakan jersi nombor 1.

Carl Ikeme merupakan pemain akademi Wolves yang diasah bakat sejak zaman remaja sehingga diserapkan ke dalam pasukan utama pada tahun 2003 sebelum dipinjamkan ke beberapa pasukan dan dipilih sebagai penjaga gol utama Wolves bermula tahun 2012.

Pada tahun 2017, Wolves mengumumkan berita kurang baik kepada penyokong-penyokong Wolves, Carl Ikeme disahkan menghidap penyakit leukemia dan secara rasmi bersara daripada bidang bola sepak pada tahun 2018, selepas setahun menjalani proses pemulihan.

KATALAKI: Wolves antara pasukan yang digeruni kat Premier League sekarang ni. Team yang gempak semua Wolves boleh kalahkan.

ϟ Trending

Last modified: 12 February 2020