Kenapa Quokka Haiwan Paling Happy Di Dunia?

Sembang, ZAP, ZeKool

Kalau korang selalu scroll-scroll di Internet mencari info-info mahupun bahan untuk bergelak ketawa. Korang mesti selalu nampak sejenis haiwan spesies Quokka. Walaupun nama haiwan tu mungkin korang tidak pernah tahu atau tak pernah sebut mahupun lihat dalam mana-mana buku haiwan.

Tetapi haiwan sejenis ini dikenali ramai kerana ianya kelihatan seperti atau seakan tupai, yang membuatkan haiwan ini menarik sekali adalah kerana ianya mempunyai senyuman yang photogenic dan ianya mempunyai sikap rasa ingin tahu yang membuatkan haiwan ini unik di mata manusia. Quokka ini juga tidak rasa terancam atau takut pada manusia membuatkan haiwan ini mudah untuk didekati.

KAT MANA QUOKKAS?

Maka tidak hairan kenapa haiwan quokkas ini selalu dikaitkan atau digambarkan sebagai haiwan paling gembira di dunia kerana quokkas selalu dilihat seperti ianya sedang berada di tempat yang tidak ditakuti. Sama juga seperti haiwan yang lain, quokkas juga mengalami masalah-masalah yang lain tapi kita sebagai manusia susah untuk lihat perkara tersebut disebabkan haiwan ini selalu tersenyum dalam apa jua keadaan.

Bertempat di Rottenest Island, beberapa jarak dari pantai Perth, Australia Barat, ianya lokasi habitat kebanyakkan spesies quokkas menjalani kehidupan mereka. Ianya merupakan rizab alam yang dilindungi, tetapi ianya juga mempunyai bilangan populasi penduduk yang kecil walaupun menerima seramai 15,000 pelancong setiap minggu untuk melihat sendiri mamalia yang digemari Internet itu.

TAK BOLEH SENTUH

Walaupun quokkas ini kelihatan mesra dan jinak apabila berhadapan dengan manusia, seharusnya di ingatkan bahawa manusia tidak boleh menyentuh atau memberikan makanan khusus untuk manusia kepada Australian quokkas ini tetapi kalau ikutkan nasib, quokkas ini sendiri yang akan datang menghampiri manusia tanpa segan silu. Semesra-mesra Australian quokkas ini, ianya masih lagi dalam kategori binatang liar. Walaupun tidak terancam dengan kehadiran manusia, haiwan ini berkemungkinan besar untuk mengigat atau mencakar jika ianya sudah mula terasa terancam dan gelisah.

QUOKKAS NI APA?

Orang di Australia menyebutnya sebagai kah-WAH-kah. Ianya adalah haiwan marsupial dalam bentuk size seekor kucing. Ianya adalah satu-satunya spesis genus Setonix. Nama saintifik quokkas pula adalah Setonix brachyurus. Quokkas juga terdiri daripada haiwan makropod seperti kangaroos, wallabies, tetapi quokkas ini adalah spesis makropod yang bersaiz kecil. Sama seperti haiwan kangaroo, quokkas juga mempunyai bahagian yang kecil pada tubuh badan mereka untuk membawa anak-anak kecil quokkas yang digelarkan sebagai “joeys”.

Quokkas adalah haiwan sejenis herbivora dan akan berkeliaran pada waktu malam. Walaupun terdapat beberapa quokkas yang akan muncul pada hari siang. Quokkas suka menghampiri manusia, ini mungkin disebabkan manusia hanya suka membelai dan mengambil gambar dengan mereka dan tidak memberikan makanan atau menghalau haiwan ini.

SELFIE SELAMAT QUOKKAS

Disebabkan pembangunan dan pembinaan di Australia, quokkas dikategorikan sebagai haiwan yang membahayakan dan semakin pupus, ianya merupakan dalam tahap kerisauan kerana habitat quokkas telah dipotong sebagai 50% sejak 200 tahun yang lepas, menurut sumber National Geographic. Oleh kerana itu, habitat dan populasi quokkas semakin berkembang di Rottenest Island.

Pada tahun 2012 seorang lelaki yang melawat Rottenest Island telah mengambil selfie dengan seekor quokkas dimana gambar selfie tersebut menjadi tular di Internet yang juga menjadi punca kehadiran pelancong untuk melawat pulau tersebut semata-mata untuk mencari haiwan quokkas dan berselfie dengannya. Oleh kerana kemasukkan pelancong yang semakin banyak di Rottenest Island itu, semakin banyak juga populasi haiwan quokkas ini berkembang secara sihat di pulau tersebut.

Walaupun populasi haiwan quokkas semakin berkembang di Rottenest Island, ianya juga dalam kadar yang membahayakan juga kerana berkemungkinan boleh menyebabkan penyebaran penyakit dan sebagainya. Ini membuatkan pihak berkuasa di Rottenest Island memastikan para pelancong berada di kawasan pemuliharaan yang selamat. Pihak berkuasa juga menyarankan pelancong untuk mengunakan selfie stick untuk bergambar dengan quokkas dan mengikut jarak yang selamat. Tidak salah untuk mengambil gambar dengan quokkas ini dengan selamat, tetapi tidak digalakkan sesekali untuk memegangnya. Ianya juga adalah salah disisi undang-undang untuk mengambil atau menyimpan quokkas sebagai haiwan belaan mahupun membawanya keluar dari negara Australia.

KATALAKI: Kalau ada masalah, cuba tengok gambar quokkas senyum. Confirm korang boleh happy balik

Last modified: 9 March 2020