Kenapa Ramai Benci “Trillionaire” Pertama Di Dunia?

Sembang, Tech, ZAP, ZeKool

Baru-baru ini nama Jeff Bezos iaitu pengasas dan CEO terkenal syarikat penjualan barangan online Amazon menjadi perbualan hangat netizen apabila beliau dikatakan on track untuk menjadi ‘the world’s first Trillionaire’. Menurut sebuah kajian, dalam masa kurang dari enam tahun akan datang, Jeff Bezos bakal memiliki kekayaan yang meletakkan beliau sebagai yang pertama di dunia untuk bergelar Trillionaire.

Ya, tak cukup dengan pangkat beliau sebagai lelaki paling kaya di dunia, kini Jeff Bezos dikatakan bakal memegang tahta terbaharu, Trillionaire. 100 kali 1 billion kalau dikira dengan tepat lah kot.

Pemilik dan pengasas syarikat Amazon itu yang berusia 56 tahun kini memiliki nilai keuntungan bersih kira-kira $142.8 Billion menurut laman web Forbes yang mengatakan Jeff Bezos memiliki $40 billion lebih daripada Bill Gates iaitu pengasas syarikat Microsoft dan juga kedua paling kaya di dunia.

Menurut kajian yang dilakukan oleh laman web Comparisun, nilai harta yang dimiliki oleh Jeff Bezos bakal melonjak dalam tahun yang akan datang. Jeff Bezos yang kini memegang 11% kepentingan dalam syarikat Amazon bakal bergelar Trillionaire pada seawal tahun 2026. Antara calon-calon yang bakal mengikut jejak langkah Jeff Bezos dalam golongan Trillionaire adalah pemaju hartanah terkenal dari China Xu Jiayin dan juga pengasas bersama syarikat Alibaba; Jack Ma. Xia Jiayin dikatakan bakal bergelar Trillionaire pada tahun 2027 dan disusuli dengan Jack Ma pada kurang lebih sepuluh tahun akan datang iaitu pada tahun 2030.

KENAPA RAMAI TAK SUKA?

Kajian yang dilakukan oleh Comparisun ini bermula sekurang-kurangnya pada bulan Mac yang lepas namun baru-baru ini laporan kajian tersebut muncul semula apabila syarikat pembelian barangan online Amazon terus meraih pendapatan yang tinggi daripada hasil penjualan online dikala musim perintah lockdown yang berlaku di seluruh negara Amerika Syarikat. Pada suku pertama tahun ini, Amazon dilaporkan memperoleh pendapatan sebanyak $ 75 bilion, rekod suku pertama.

Namun laporan yang mengatakan Jeff Bezos bakal bergelar Trillionaire pertama di dunia ini telah mendapat tentangan dan penerimaan yang negatif daripada para warganet. Ramai yang tidak menyukai ramalan tersebut, terutama sekali rakyat Amerika Syarikat. Terutamanya kerana berpuluh-puluh juta rakyat telah dipaksa untuk berhenti kerja dalam beberapa bulan terakhir sejak pandemik Covid-19 menyerang negara itu.

 

View this post on Instagram

 

If Jeff Bezos’ personal fortune keeps growing at its current rate, he could become the world’s first trillionaire by 2026 at the age of 62, according to an analysis from software review site Comparisun. Bezos’ wealth has been increasing at an average yearly rate of 34% over the past five years, according to Comparisun, and that’s despite turning over Amazon shares worth an estimated $38 billion to his ex-wife, MacKenzie Bezos, as part of their recent divorce settlement. Comparisun looked at 25 of the world’s richest individuals and found that only 11 had a realistic shot at becoming trillionaires during their lifetime. Bezos will likely get there first, but Facebook CEO Mark Zuckerberg could be the youngest, with his current growth rate on pace to put him in the four-comma club by 2036, when he would be 51. #247nnu #247nigerianewsupdate #amazon #jeffbezos #billionaire #business

A post shared by 247 Nigeria News Update (@247nnu) on

Antara sebab-sebab kenapa ramai yang tidak setuju dengan kelayakan Jeff Bezos untuk bergelar sebagai Trillionaire pertama di dunia adalah juga disebabkan syarikat yang diterajui oleh beliau; Amazon telah menghentikan kenaikan gaji sebanyak $2 buat kakitangan gudang syarikat tersebut selepas bulan Mei dan para pekerja di gudang syarikat Amazon terpaksa bekerja lebih masa serta menghadapi risiko ancaman wabak Covid-19.

Kenaikan gaji $2 untuk setiap para pekerja Amazon telah berlaku sejak pertengahan Mac bersama dengan kenaikan gaji kerja overtime, dan pada asalnya kenaikkan gaji tambahan itu dijadualkan hingga berakhir pada bulan April tetapi syarikat itu melanjutkannya. Kini Amazon dilaporkan telah menghentikan kenaikan gaji tersebut.

Menurut laman web BusinessInsider, antara keluhan para bekerja yang mengatakan mereka sedar bahawa negara berada dalam fasa pemulihan semula ekonomi serata dunia namun ianya tidak adil kerana para pekerja terpaksa bekerja lebih masa disebabkan permintaan barangan yang tinggi ketika musim lockdown ini berlaku dan kakitangan Amazon membahayakan diri setiap hari. Juga dengan sasaran yang sukar para pekerja lebih layak mendapat kenaikan gaji secara kekal.

Amazon juga dilaporkan telah menghentikan keputusan untuk membenarkan para pekerja syarikat tersebut untuk mengambil cuti tanpa gaji ketika musim pandemik ini berlaku. Pada awal bulan April, Amazon membenarkan para pekerja untuk duduk di rumah sekiranya mereka merasakan tidak selamat untuk kembali bekerja. Namun kini Amazon memaksa para bekerja kembaii bekerja atau mereka akan dipecat, menurut laporan The Guardian.

Dengan keputusan yang dilakukan oleh syarikat Amazon, maka inilah antara punca dan sebab kenapa ramai yang tidak bersetuju dengan gelaran Trillionaire yang bakal dipegang oleh Jeff Bezos.

Menurut laporan kajian yang dilakukan oleh Comparisun, terdapat sebanyak 25 orang terkaya di dunia yang bakal bergelar Trillionaire di dunia. 11 nama yang berkemungkinan besar peluang secara realisitk bergelar Trillionaire. Manakala CEO dan pengasas laman media sosial Facebook, Mark Zuckerberg dikatakan bakal bergelar Trillionaire termuda yang dijangkakan pada tahun 2036 di usia 51 tahun.

KATALAKI: Apa ek perasaan bila dah banyak sangat duit dalam account?

Last modified: 27 May 2020