Kenapa Ronaldinho Masuk Penjara?

Aktif, Bola

Pemain legenda Brazil yang pernah beraksi untuk pasukan Paris Saint-Germain, Barcelona dan AC Milan, Ronaldinho dan abangnya, Roberto de Assis baru-baru ni ditahan oleh pihak berkuasa Paraguay selepas didapati memiliki passport palsu untuk masuk ke Paraguay.

Buat masa ni, Ronaldinho masih lagi dalam tahanan pihak polis Paraguay sementara menunggu proses siasatan dan rayuan dijalankan. Gambar-gambar yang menunjukkan Ronaldinho berada di dalam kawasan tahanan pihak polis dah mula tersebar di media sosial.  Ronaldinho dijangka akan kekal berada dalam tahanan pihak polis selama 6 bulan sementara siasatan mengenai sindiket passport palsu dijalankan.

Bersara daripada terlibat dengan bola sepak secara profesional pada tahun 2018, Ronaldinho mula menggegarkan dunia bola sepak Eropah selepas dibeli oleh Paris Saint-Germain pada tahun 2001, bergandingan dengan Jay-Jay Okocha dan Nicolas Anelka.

Menjaringkan 25 gol dalam 76 perlawanan bersama Paris Saint-Germain, seterusnya Ronaldinho berpindah ke Barcelona pada tahun 2003 disebabkan Paris Saint-Germain gagal untuk layak beraksi di UEFA Champions League. Kekal bersama Barcelona selama 5 tahun, Ronaldinho berjaya membantu Barcelona untuk menang piala La Liga sebanyak 2 kali dan piala UEFA Champions League pada tahun 2006.

Ronaldinho juga merupakan pemain pertama yang mencipta bantuan gol atau assist untuk gol pertama Lionel Messi di Barcelona. Masa kali pertama Ronaldinho diumumkan secara rasmi sebagai pemain baru Barcelona, Lionel Messi baru berumur 16 tahun masa tu. Ronaldinho dan Lionel Messi sempat beraksi bersama di Barcelona selama 4 tahun.

Selepas prestasi mula merudum dan Lionel Messi semakin padu di Barcelona, Ronaldinho yang dah berumur 28 tahun masa tu berpindah ke AC Milan pada tahun 2008. 3 tahun di AC Milan, Ronaldinho berjaya menjulang piala Serie A pada tahun 2011, menjaringkan 26 gol dan mencipta 28 bantuan gol dalam 95 perlawanan sebelum meninggalkan AC Milan pada tahun 2011.

Ronaldinho seterusnya kembali ke Brazil untuk beraksi dengan beberapa pasukan bola sepak di Brazil antaranya Flamengo, Atlético Mineiro dan Fluminense sebelum bersara secara rasmi pada tahun 2018.

Ronaldinho boleh dikatakan pernah menang semua piala yang diidamkan oleh setiap pemain bola sepak ternama dunia antaranya piala UEFA Champions League, La Liga, Serie A, Copa Libertadores, Copa America, Piala Konfederasi FIFA dan Piala Dunia FIFA. Bukan tu je, Ronaldinho juga pernah menang beberapa anugerah sepanjang terlibat dalam sukan bola sepak secara profesional antaranya FIFA World of the Year sebanyak dua kali pada tahun 2004 dan 2005, UEFA Club Footballer of the Year pada tahun 2005 dan Ballon d’Or pada tahun 2005 menewaskan pencabar terdekat, Frank Lampard dan Steven Gerrard.

KATALAKI: Kalau kaji betul-betul perjalanan hidup Ronaldinho, memang banyak kontroversi yang pernah timbul sebelum ni.

Last modified: 13 March 2020