Kenapa Semua Player Boek Nak Main Kat China?!

Aktif, Bola

Korang perasan tak sekarang ni ramai pemain bola ternama yang lebih berminat untuk bermain kat negara China dalam Chinese Super League? Rasanya apa punca yang menyebabkan player yang memang gempak dan bertaraf dunia lebih rela bermain untuk pasukan luar eropah? Dorang tak teringin ke nak main untuk UEFA Champions League?

China sekarang memang dah mula tunjukkan yang dorang antara nama besar di dunia untuk bersaing dengan USA, Rusia dan negara besar yang lain. Tak kisah la dalam bidang apa pun, pendidikan, teknologi, atau sukan, China akan cuba untuk menjadi nama besar dalam semua bidang. Sekarang ni China nak tapau pula dalam bidang sukan bola sepak.

Baru-baru ni pula FIFA dah announced berapa ramai manusia yang tengok FIFA World Cup 2018. Seramai 3.572 billion penonton yang tengok FIFA World Cup 2018 dekat TV, platform digital, dan yang tengok secara public viewing dekat kedai-kedai minum atau restoran. Senang cerita, lebih separuh daripada populasi manusia kat dunia ni layan FIFA World Cup 2018!

Sukan bola sepak memang antara sukan nombor satu kat dunia ni. Sukan yang paling diminati. So, China takkan nak duduk diam je biar negara eropah menguasai sukan bola sepak betul? Dengan kekayaan yang dimiliki oleh China dan pelabur dari China, dorang pun pancing player bola yang gempak-gempak dengan gaji yang mahal untuk bermain dalam Chinese Super League. Peminat bola sepak seluruh dunia pun mula nampak kewujudan Chinese Super League bila player kesayangan masing-masing bermain kat China. Dalam masa yang sama, China pun boleh develop pemain dorang sendiri untuk bermain dengan player yang berkelas dunia! Jangan terkejut FIFA World Cup 2022 nanti China layak bertanding!

So, korang tahu tak player ternama mana yang sekarang tengah sedap main kat Chinese Super League?

Renato Augusto (Beijing Sinobo Guoan)

Pemain yang berasal dari Brazil ni mula bermain kat Chinese Super League sejak Januari 2016. Renato Augusto je satu-satunya player Brazil yang main kat Chinese Super League dan masih mewakili pasukan kebangsaan Brazil. Renato Augusto sebelum ni pernah beraksi bersama Bayern Leverkusen dan Corinthians sebelum berpindah ke Chinese Super League.

John Obi Mikel (Tianjin Teda)

Sebelum berpindah ke Chinese Super League, John Obi Mikel bermain untuk Chelsea selama 11 tahun dengan 372 penampilan. Sepanjang 11 tahun dengan Chelsea, John Obi Mikel berjaya menang 11 piala termasuk lah UEFA Champions League 2011/2012.

Hulk (Shanghai SIPG)

Nama sebenar player ni ialah Givanildo Vieira de Souza. Takde perkataan Hulk pun. Tapi sebab Hulk ni memang seakan-akan The Incredible Hulk, dengan badan yang sasa, muka yang bengis, terus melekat nama Hulk. Hulk sebelum ni pernah juga bermain dengan negara Asia yang lain selain China. Dari tahun 2005 sampai 2008, Hulk bermain di Jepun dalam J1 League bersama 3 pasukan yang berbeza.

Oscar (Shanghai SIPG)

Ingat lagi player muda yang pernah jadi antara pemain tambatan kat Chelsea dulu? Sebelum pindah ke Chinese Super League, Oscar bermain untuk Chelsea selama 5 tahun dari 2007 sampai 2012. Oscar berjaya buat 203 penampilan, 38 gol dan 37 assists sepanjang beraksi bersama Chelsea. Oscar juga pernah menang Premier League sebanyak 2 kali bersama Chelsea pada musim 2014/2015 dan 2016/2017.

Javier Mascherano (Hebei China Fortune)

Pemain legenda Barcelona ni dah berjaya hadiahkan 19 piala untuk Barcelona! Banyak tu der. Disebabkan umur yang semakin meningkat dan tak mampu dengan pemain muda berbakat besar yang tiba di Barcelona, Javier Mascherano buat keputusan untuk bermain di Chinese Super League pada Januari 2018 hari tu. Korang tahu tak berapa banyak gol yang Javier Mascherano pernah jaringkan untuk Barcelona sepanjang 8 tahun main dekat sana? 1 gol.

KATALAKI: Bukan player je yang China pancing ke sana. Manager yang top pun dah ramai jadi manager untuk team kat China.

Last modified: 10 May 2019