Kenapa Spanish Supercopa Berlangsung Kat Arab Saudi?

Aktif, Bola, ZeKool

Supercopa de España atau lebih dikenali sebagai Spanish Super Cup berlangsung setiap tahun melibatkan pasukan-pasukan yang bertanding di La Liga, Sepanyol. Barcelona merupakan pasukan paling berjaya dalam kejohanan Spanish Super Cup selepas berjaya menang sebanyak 13 kali diikuti oleh Real Madrid sebanyak 11 kali.

Yang terkini, Real Madrid berjaya menewaskan Atletico Madrid menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan jaringan masih lagi kekal 0-0 selepas tamat masa tambahan.

 

View this post on Instagram

 

🏆🎉 WHAT A WAY TO START 2020! 👏 ¡Empezando el año de la mejor forma! #RMSuperCopa | #Supercampeones

A post shared by Real Madrid C.F. (@realmadrid) on

Mungkin ada lagi yang tak berapa faham, Spanish Super Cup ni piala untuk apa? Untuk memudahkan korang faham, Spanish Super Cup ni sama macam FA Community Shield kat England atau Piala Sumbangsih kat Malaysia. Juara liga akan menentang juara piala liga sebelum liga musim baru bermula.

Sama ada korang perasan atau pun tak, buat kali kedua dalam sejarah Spanish Super Cup, perlawanan Spanish Super Cup untuk musim 2019/20 kali ni berlangsung di Arab Saudi.

Pada tahun 2018, perlawanan Spanish Super Cup juga berlangsung di luar Sepanyol iaitu di Maghribi yang berjaya dimenangi oleh Barcelona, menewaskan Sevilla dengan jaringan 2-1.

Untuk edisi 2019/20, format perlawanan Spanish Super Cup dah pun ditukarkan ke format yang baru, berbeza dengan edisi yang sebelum. Spanish Super Cup 2019/20 kali ni melibatkan 4 pasukan yang bertanding iaitu Valencia (Juara Copa del Rey 2018/19), Barcelona (Juara La Liga 2018/19 & Naib Juara Copa del Rey 2018/19), Atletico Madrid (Naib Juara La Liga 2018/19) dan Real Madrid (Tempat ke-3 La Liga 2018/19).

Tarikh Spanish Super Cup 2019/20 juga ditukarkan kepada tarikh yang lebih sesuai untuk mengelakkan pasukan yang bertanding menempuh jadual yang padat disebabkan jarak perjalanan yang jauh dan sebagainya. Spanish Super Cup sebelum ni sepatutnya berlangsung pada bulan Ogos sebelum bermulanya musim terbaru La Liga.

 

View this post on Instagram

 

🏆 This is what we’re playing for! – ¡Este trofeo está en juego! #RMSuperCopa | #HalaMadrid

A post shared by Real Madrid C.F. (@realmadrid) on

Info penting untuk korang, Spanish Super Cup akan terus berlangsung di Arab Saudi pada bulan Januari selama 3 tahun, bermula tahun 2020 sehingga 2022 menerusi perjanjian yang dah ditandatangani oleh pihak Arab Saudi dan Spanish Super Cup. Kalau ada yang nak bercuti kat Arab Saudi pada bulan Januari, boleh la singgah tengok Spanish Super Cup.

Lionel Messi merupakan pemegang rekod penjaring gol terbanyak dalam sejarah kejohanan Spanish Super Cup setakat ni dengan jumlah jaringan sebanyak 14 gol dalam 19 penampilan.

KATALAKI: Berapa banyak agaknya keuntungan yang diterima bila kejohanan bola sepak tempatan di bawa ke negara luar. Lepas ni mungkin FA Community Shield pun buat kat luar England?

Last modified: 16 January 2020