Kenapa Tiba-Tiba Muncul Pasukan Catalonia?

Aktif, Bola

Kalau korang perasan, pada 25 Mac 2019 hari tu, pasukan kebangsaan Catalonia berjaya kalahkan pasukan Venezuela dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa. Gerard Pique buat kali pertamanya diturunkan bermain untuk Catalonia selepas bersara daripada pasukan kebangsaan Sepanyol. Korang dah tahu tak pasal team Catalonia ni? Kenapa tiba-tiba Gerard Pique main untuk Catalonia?

Image Via : euronews.com

Catalonia, Catalan atau Catalunya sebenarnya terletak di dalam negara Sepanyol. Disebabkan beberapa isu politik antara Catalonia dan Sepanyol, sekarang ni Catalonia dalam proses menuntut kemerdekaan daripada Sepanyol. Kami bukan nak sentuh pasal politik, tapi nak kenal dengan lebih mendalam pasal pasukan bola sepak kebangsaan Catalonia.

Image Via : gq-magazine.co.uk

Pasukan kebangsaan Catalonia sebenarnya dah wujud sejak tahun 1900, lagi awal daripada kewujudan pasukan kebangsaan Sepanyol. Tapi disebabkan Catalonia tidak diiktiraf sebagai sebuah negara dan masih lagi dalam pentadbiran negara Sepanyol, team Catalonia tidak layak untuk berdaftar sebagai sebuah pasukan bola sepak kebangsaan di bawah FIFA atau pun UEFA. Sebab tu Catalonia sekali pun tak pernah masuk Piala Dunia FIFA atau UEFA Euro.

Bendera Catalonia. Image Via : midatlanticshow.com

Untuk info, perlawanan persahabatan Catalonia selama ni pun tak diiktiraf oleh FIFA atau UEFA. Maknanya perlawanan yang melibatkan team Catalonia tak bagi apa-apa makna dalam statistik bola sepak FIFA dan UEFA atau pun ranking FIFA dan UEFA. Sebab tu team Catalonia agak susah untuk mencari pihak lawan yang bertaraf dunia contohnya macam Jerman, England, Portugal, Perancis, Argentina dan negara lain.

Image Via : itv.com

Team Catalonia nak cari player pun agak susah disebabkab takde pengiktirafan daripada FIFA dan UEFA. Kebanyakan pemain yang bermain dengan Catalonia sekarang ni sama ada dah bersara daripada bermain untuk team Sepanyol atau pemain yang tak terpilih untuk bermain dengan team Sepanyol.

Image Via : sport-english.com

Pemain ternama yang pernah beraksi untuk Catalonia setakat ni ialah Gerard Pique, Marc Bartra, Xavi, Gerard Deulofeu, Bojan Krkic dan Sergio Busquets. Ada dua kelab bola sepak yang menjadi tulang belakang pasukan kebangsaan Catalonia iaitu RCD Espanyol dan Barcelona.

Image Via : steemit.com

Sebab tu permusuhan antara Barcelona dan Real Madrid boleh dikira permusuhan yang dahsyat. Barcelona lebih berpihak kepada Catalonia dan Real Madrid berpihak kepada Sepanyol.

Image Via : t2online.com

KATALAKI: Pep Guardiola antara nama besar dalam arena bola sepak yang menyokong Catalonia.

Last modified: 10 May 2019