Kenapa Watak-Watak The Simpsons Warna Kuning?

Sembang, ZAP, ZeKool

The Simpsons, antara siri kartun berasaskan genre dark comedy yang boleh dikatakan tidak asing lagi lah kalau dalam industri animasi antarabangsa. Sebut saja watak-watak Homer, Bart, Lisa, Marge ataupun Maggie, tanpa ragu-ragu lagi semua sudah tahu tentang kewujudan keluarga kuning yang disukai ramai ini.

Mungkin ada yang masih lagi tidak tahu, siri animasi The Simpsons ini juga merupakan siri animasi paling lama dihasilkan dan disiarkan sehingga ke hari ini, dan ianya juga telah dinobatkan sebagai rancangan berskrip siaran televisyen waktu perdana terpanjang dalam sejarah di Amerika Syarikat sejak ianya diterbitkan pada tahun 1989, sehinggakan ianya juga telah disiarkan dalam pelbagai versi bahasa untuk tontonan serata dunia.

Sebelum kita merungkai tentang topik utama kita, kenapa watak-watak didalam siri TV The Simpsons ini berwarna kuning. Jom kita terangkan terlebih dahulu tentang sejarah penerbitan The Simpsons ini.

Diciptakan oleh seorang cartoonist bernama Matt Groening, kewujudan The Simpsons bermula pada tahun 1987 pada ketika itu hanya sekadar siri kartun pendek untuk rancangan Tracey Ullman Show yang merupakan sebuah variety show yang disiarkan untuk Fox Broadcasting Company.

Kemudian, apabila mula mendapat perhatian penonton, siri pendek The Simpsons dipanjangkan untuk 30 minit dan siri debut pertama The Simpsons disiarkan dalam program Christmas specials pada 17 Disember 1989 dalam sebuah episod berjudul Simpsons Roasting on an Open Fire. Sebulan selepas penyiaran episod pertama The Simpsons tersebut, pada Januari 1990 siri penuh musim pertama The Simpsons mula bersiaran secara tetap.

Dengan mengunakan khidmat penerbit TV dan filem terkenal James Brooks sebagai penerbit eksekutif bersama dengan pencipta Matt Groening dan juga Sam Simon, musim pertama The Simpsons mula meraih populariti dan perhatian penonton namun hanya selepas setahun baru populariti The Simpsons mencanak secara mendadak sehinggakan rancangan The Simpsons mampu membantu dalam menaikkan rating saluran Fox Network yang ketika itu baru saja ditubuhkan.

Berlatar belakangkan di sebuah bandar bertempat di Amerika Syarikat yang digelarkan sebagai bandar “Springfield” – menurut Matt Groening, ianya dinamakan sebagai Springfield yang di insprasikan daripada bandar Springfield yang terletak di Oregon Amerika Syarikat. Kalau dari segi penceritaan pula, ramai sudah ketahui bahawa rancangan The Simpsons ini fokus kepada keluarga disfungsi milik Homer Simpsons dan kejadian-jadian yang berlaku berkaitan dengan isterinya, Marge serta ketiga-tiga anak mereka, Bart, Lisa dan Maggie.

Ternyata penangan populariti The Simpsons ini memberikan impak yang kuat sehinggakan ianya menjadi salah satu pengaruh besar dalam pop culture Amerika Syarikat termasuk juga serata dunia, menjadikan ia bukan sekadar siri televisyen saja, tetapi juga termasuk dari segi merchandising, fashion, komik, video games dan jugak filem.

KENAPA MANUSIA THE SIMPSONS WARNA KUNING?

Walaupun siri The Simpsons ini boleh dikatakan sebagai salah satu siri kartun yang memang kiranya lagendary lah dalam industri animasi, namun pernah tak kita terfikir kenapa watak-watak didalam rancangan The Simpsons ini mempunyai kulit yang berwarna kuning?

Mungkin kita akan nampak perbezaan daripada warna kuning antara watak utama The Simpsons dan watak-watak sampingan yang ada, walaupun ianya berwarna kuning tetapi warna kuning pada watak utama seperti Homer, Marge, Bart, Lisa, dan Maggie lebih menyerlah.

Menurut pencipta dan pereka The Simpsons, motivasi utama Matt Groening adalah untuk membuatkan hasil watak-watak penduduk Springfield itu lebih di ingati dan menarik supaya dapat bersaing dengan rancangan animasi yang lain bersiaran pada zaman itu.

“Pada masa tu, ada seorang animator yang berjumpa dengan saya dan tunjukkan hasil watak-watak The Simpsons dalam warna kuning. Inilah jawapannya!” kata Matt Groening. Menurut Matt Groening lagi, antara salah satu sebab The Simpsons berwarna kuning adalah kerana beliau ingin mengambil perhatian para penonton ketika sedang memilih saluran TV yang mereka ingin menonton, jadi warna kuning pada kulit watak-watak ini akan membuatkan penonton ingin menyaksikan The Simpsons ini.

Pada awal kewujudan dan kemunculan The Simpsons di kaca televisyen, itulah jawapan dan sebab kenapa Matt Groening dan team produksi The Simpsons mewarnakan watak-watak animasi tersebut dalam warna kuning.

Namun apabila selepas The Simpsons mendapat pujian dan pengikut yang setia dari serata dunia yang menonton, Matt Groening menyatakan antara sebab kenapa The Simpsons diwarnakan dalam warna kuning adalah kerana mereka para penonton aware rancangan The Simpsons sedang dimainkan di televisyen. Jadi ianya sedikit sebanyak memudahkan channel surfers yang sedang menonton televisyen.

PSIKOLOGI WARNA KUNING

Image via: https://www.fox.com/

Boleh dikatakan Matt Groening dan team produksi The Simpsons membuat pilihan yang bijak, malah agak genius sebab dan jawapan yang mereka sampaikan. Sebenarnya warna kuning ini memang diakui mempunyai effect psikologi untuk sistem saraf manusia, menurut seorang Youtuber di ChannelFrederator, kebanyakkan siri animasi seperti SpongeBob, Tweet Bird, Pokemon, Minions, diwarnakan dalam warna kuning mengikut apa yang dikenali sebagai color theory.

Warna kuning adalah warna yang lebih menyerlah dan warna yang paling dapat dilihat oleh mata manusia, ini juga kerana cara mata kita memproses cahaya yang dilihat. Warna kuning juga mewakili sifat-sifat optimisme dan kegembiraan didalam diri seseorang. Jadi memang tak peliklah kalau The Simpsons ini dapat menarik peminat sejak 30 tahun diciptakan dan menjadi antara animasi yang berjaya mencipta fenomena.

KATALAKI: Power juga bila warna memainkan peranan dalam watak animasi!

Last modified: 18 August 2020